Ismail bin Senik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendekiawan Islam
Ulama tersohor dari Kelantan
Nama: Haji Ismail bin Haji Senik
Gelaran: Tok Kemuning
Lahir: 1885
Wafat: 1934
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu


Ismail bin Senik (1885 - 1934) atau lebih dikenali sebagai Tok Kemuning merupakan salah seorang tokoh ulama' di Nusantara yang terkemuka.

Ismail bin Senik atau nama penuhnya Haji Ismail bin Haji Senik merupakan salah seorang daripada ulama Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di Nusantara.

Kedudukan Nusantara di antara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan Nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.

Mereka yang bertaraf ulama biasanya pernah melanjutkan pengajian ke Semenanjung Arab seperti di Makkah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.

Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke Nusantara ketika itu.

Rujukan [sunting]

  • Tokoh-Tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8