Istana kota Fotheringhay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bekas tapak istana kota Fotheringhay dilihat di seberang Sungai Nene

Istana kota Fotheringhay adalah sebuah kampung di Fotheringhay, 3½ batu (6 km) ke utara bandar pasar di Oundle, Northamptonshire (rujukan grid TL061930).

Raja Richard III telah dilahirkan di sini pada tahun 1452. Ia juga adalah tempat di mana Mary, Ratu Scotland, telah dibicarakan dan dihukum bunuh pada tahun 1587.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Istana Norman Motte pertama kali dibina di sebelah utara Sungai Nene oleh Simon de Senlis, Earl of Northampton sekitar tahun 1100.

Kota yang besar ini dilapisi dengan batuan berbentuk poligon serta dikelilingi oleh parit yang besar yang dipenuhi air. Kebun istana yang berada di dalamnya dilindungi oleh kubu dan parit. Turut disertakan sebuah dewan besar dan bangunan-bangunan domestik. Taman istana di bahagian luar yang lebih besar pula telah dihubungkan melalui pintu gerbang utama dan serta jambatan yang dibina merentasi tasik di sekelilingnya.[1]

Nota[sunting | sunting sumber]

  • Fry, Plantagenet Somerset, The David & Charles Book of Castles, David & Charles, 1980. ISBN 0-7153-7976-3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Fotheringhay Castle". CastleUK.net. Diperoleh pada 2011-08-17. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 52°31′28″N 0°26′15″W / 52.52455°U 0.43757°B / 52.52455; -0.43757