Jacques-Yves Cousteau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jacques-Yves Cousteau in 1976.

Jacques-Yves Cousteau bersama Emile Gagnan bertanggungjawab membuka mata manusia pada dunia bawah air. Mereka mereka dan mencipta alat pernafasan bawah air berasaskan bekalan udara yang dimampatkan dan disimpan dalam tangki yang dikenali sebagai paru-paru air Aqua-Lung (SCUBA).

Sebelum ini, penyelam terpaksa mengenakan pakaian yang mempunyai saluran udara yang bersambung dengan permukaan air. Ini menghadkan pergerakan mereka. Aqua-Lung membenarkan mereka bergerak bebas.

Aqua-Lung telah digunakan oleh pihak berikat untuk membersihkan perairan antarabangsa dari periuk api musuh ketika Perang Dunia II. Jassques Costeau juga mereka teknik penggambaran bawah air yang digunakan olehnya bagi menghasilkan filem rencana mengenai kehidupan di sana. Filem-filemnya membuka mata orang ramai mengenai terdapatnya kepelbagaian kehidupan di bawah air.