Jalan Petaling
Jalan Petaling atau lebih dikenali dengan panggilan Petaling Street merupakan kawasan penempatan kaum Cina (Pekan Cina) di Malaysia semasa zaman kolonal British. Selama bertahun-tahun lamanya Jalan Petaling telah menjadi tempat perniagaan dan mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat Cina di Malaysia, dengan kuil Buddha dan kedai menjual colok, ubat tradisi dan kedai makan Cina. Pada awal petang sehingga lewat malam, penjaja akan menjual barangan mereka dijalanan dengan pelbagai barangan jualan.
Ia terkenal dengan barangan salinan - daripada barangan berjenama sehingga VCD/DVD cetak rompak. Kini ia dilengkapi dengan atap kanopi yang menutupi seluruh jalan den berbentuk naga. Ia menambahkan lagi suasana sibuk tanpa bimbang panas dan hujan.
Jarak Jalan Petaling dengan Stesen LRT Pasar Seni hanyalah kira-kira 400 meter sahaja.