Janji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Janji adalah sebuah ikrar antara dua pihak atau lebih yang mengikat serta wajar diikuti. Selain melalui perkataan, janji juga boleh dibuat dalam bentuk bertulis di hadapan saksi.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Janji boleh hadir dalam bentuk sumpah serta ikrar yang tertakluk di sisi undang-undang.

Perjanjian antara dua pihak yang melibatkan sesuatu kepentingan berasaskan keuntungan yang dihasilkan melalui perjanjian itu samada dalam bentuk tulisan atau percakapan adalah ikrar.

Manakala sumpah biasanya diucapkan oleh seseorang kepada seseorang atau sekelompok orang dengan tujuan untuk meyakinkannya tentang sesuatu perkara yang akan dilakukan olehnya apabila tiba masanya. Setiap individu yang bersumpah atau terikat kepada sumpah mestilah jujur dan akur dengan sumpahnya atau penyata atau tujuannya dan komited untuk memenuhi kenyataan sumpahnya itu.[1]

Contoh[sunting | sunting sumber]

Saya berjanji akan bercakap benar.

Saya berjanji akan memberi tanah itu kepada kamu.

Sokonglah saya, saya berjanji akan menurunkan harga minyak (Ahli Parlimen)

Dia akan kotakan janjinya.

Aku Janji[sunting | sunting sumber]

Aku janji adalah jaminan atau ikrar yang dilafazkan berhubung pelaksanaan tanggungjawab diri terhadap institusi atau organisasi. Ia adalah jaminan berhubung kontrak seseorang dan tertakluk di bawah undang-undang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]