Jata Tajikistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Emblem of Tajikistan.svg

Jata negara Tajikistan merupakan satu jata yang diubahsuai dari Jata Tajik SSR, yakni jata semasa Tajikistan dibawah pemerintahan Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Penggunaan jata semasa digunakan selepas kejatuhan KRSS sejak tahun 1991. Masih boleh kelihatan beberapa unsur pada jata semasa dengan jata bekas Tajik SSR.

Mahkota ditengah logo adalah yang sama seperti di bendera kebangsaan Tajikstan, juga merujuk kepada perkataan Parsi iaitu Taj yang bermaksud mahkota, yang Taj digunakan sebagai nama awal kepada Tajikistan. Terdapat 7 bintang diatas mahkota.

Terdapat buku kelihatan dibawah logo , sinaran matahari terbit di belakang Gunung Pamir, yang juga merupakan gunung yang terdapat di negara ini dan menjadi unsur untuk jata negara ini.

Ikatan kapas berada disebelah kiri dan ikatan gandum berada disebelah kanan, yang diikat dengan warna bendera Tajikistan.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.