Java Management Extensions

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Java Management Extensions (bermaksud "sambungan-sambungan pengurusan Java"), atau singkatannya JMX ialah sebuah teknologi Java yang menyediakan peralatan untuk mengurus dan menyelia aplikasi, objek sistem, peranti (seperti pencetak) dan rangkaian berorientasikan perkhidmatan. Setiap sumber ini diwakili dengan objek disebut MBean. Di dalam API JMX, kelas-kelas boleh dimuatkan dan ditikakan secara dinamik. Aplikasi-aplikasi pengurusan dan penyeliaan boleh direka dan dibangun dengan menggunakan Java Dynamic Management Kit.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Seni bina JMX

JMX menggunakan seni bina tiga tahap:

  1. Tahap Probe atau tahap Instrumentation – mengandungi probe (disebut MBean) untuk mengukur sumber.
  2. Tahap Agent atau MBeanServer – bahagian teras JMX yang bertindak sebagai orang tengah antara MBean dan aplikasi.
  3. Tahap Remote Management – membolehkan aplikasi jauh mencapai MBeanServer menerusi penyambung dan adaptor. Penyambung memberikan capaian penuh dari jauh kepada API MBeanServer menggunakan pelbagai komunikasi (RMI, IIOP, JMS dan sebagainya), sementara adaptor meyesuaikan API kepada protokol lain seperti SNMP atau menyesuaikan kepada GUI berasaskan web.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]