Jejambat utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Susun atur tipikal jejambat utara/selatan

Jejambat utara, juga dikenali sebagai Pusat Kawalan Ingatan (MCH), secara tradisinya merupakan salah satu cip dalam chipset logik teras pada papan induk PC. Cip yang lagi satu dikenali sebagai jejambat selatan. Pembahagian chipset kepada jejambat utara dan jejambat selatan adalah biasa, namun sekiranya tidak dibatasi oleh kerumitan reka bentuk dan proses pemasangan, kedua-dua cip ini boleh disatukan dalm satu acuan.