Jerut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Menjerut ialah kaedah yang digunakan oleh pelbagai spesies ular untuk membunuh mangsanya. Walaupun sesetengah spesies yang berbisa juga menjerut untuk menumpaskan mangsa, namun kebanyakan ular yang menjerut tidak berbisa.[1] Mula-mula, ular menyerang lalu mencekau mangsa, mengheret mangsa ke dalam lingkaran, atau mengheret dirinya ke arah mangsa (jika mangsa terlalu besar). Kemudian, ular melingkar sekali dua di keliling mangsa.

Seekor ular sawa permaidani (Morelia spilota variegata) memakan seekor ayam.

Tidak seperti yang disangka ramai, ular tidak menghancurkan mangsa ataupun mematahkan tulangnya. Adalah dipercayai selama ini bahawa ular mencekau kuat-kuat untuk menghalang mangsa daripada menyedut udara ke dalam paru-parunya, supaya mangsa itu mati akibat asfiksia. Bagaimanapun, sesetengah jenis mangsa kelihatan mati lebih cepat daripada yang mungkin melalui asfiksia, jadi adalah turut diusulkan bahawa tekanan jerutan menyebabkan kenaikan tekanan dalam rongga badan mangsa yang melebihi kemampuan jantung untuk menentang, maka menyebabkan jantung terhenti serta-merta.[2] Hipotsesis baru ini belum disahkan, tetapi data menunjukkan bahawa ular boleh menghasilkan tekanan yang cukup untuk mengiyakan mekanisme ini.[3] Penyelidikan dalam perihal ini masih sedang dijalankan. Adalah didapati bahawa anakonda hijau (Eunectes murinus) mampu menjerut sekuat 6 kg/cm2, iaitu jumlah kekuatan 4000 kg.[4]

Sesetengah kumpulan ular mempunyai corak jerutan yang unik, termasuk bilangan lingkaran dan arah lingkaran.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Shine, R.; Schwaner, T. (1985). "Prey Constriction by Venomous Snakes: A Review, and New Data on Australian Species". Copeia 1985 (4): 1067–1071. JSTOR 1445266. 
  2. Hardy, David L. (1994). A re-evaluation of suffocation as the cause of death during constriction by snakes. Herpetological Review 229:45-47.
  3. Moon, 2000. The mechanics and muscular control of constriction in gopher snakes (Pituophis melanoleucus) and a king snake (Lampropeltis getula). Journal of Zoology 252 : 83-98. http://www.ucs.ull.edu/~brm2286/Moon_2000_constriction.pdf
  4. National Geographic Channel - Super Snake
  5. Willard, D. E. (1977). "Constricting Methods of Snakes". Copeia 1977 (2): 379–382. JSTOR 1443922.