JoJo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
JoJo
JoJo membuat persembahan di Joe Jonas & Jay Sean Tour pada 2011
Latar belakang
Nama lahirJoanna Noëlle Levesque
Kelahiran (1990-12-20) 20 Disember 1990 (umur 33)
Brattleboro, Vermont, A.S.
Berasal dariFoxborough, Massachusetts, A.S.
GenrePop, R&B
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penulis lagu
  • Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1998–kini
Syarikat rakaman
  • Atlantic
  • Blackground
  • Da Family
  • Interscope
  • Streamline
Laman sesawang
twitter.com/JoJoistheway

Joanna Noëlle Levesque[1] (atau yang lebih dikenali dengan nama pentas JoJo; lahir 20 Disember 1990) ialah penyanyi, penulis lagu, dan pelakon Amerika Syaikat.[2][3] Dibesarkan di Foxborough, Massachusetts, beliau muncul dalam banyak pertandingan nyanyian sewaktu zaman kanak-kanak, dan setelah bersaing di pertandingan America's Most Talented Kids pada 2003, beliau mendapat perhatian dari penerbit rakaman Vincent Herbert yang memitanya menghadiri ujibakat untuk Blackground Records. JoJo melancarkan album pertamanya pada Jun 2004, "Leave (Get Out)", single sulungnya, menjadi nombor satu di carta lagu Billboard Pop Songs, yang menjadikannya sebagai artis solo termuda yang berada di nombor satu di Amerika Syarikat, pada usia tiga belas tahun. Lagu ini menduduki di nombor 12 di Billboard Hot 100 dan menerima pensijilan emas oleh RIAA.[4][5] Album ini telah terjual lebih dari 4 juta unit di seluruh dunia sehingga kini.[6]

Album kedua JoJo, The High Road, dikeluarkan pada Oktober 2006. Single utama album ini, "Too Little Too Late", dikeluarkan pada Ogos 2006 dan mencapai nombor tiga di Billboard Hot 100. Single ini meraih platinum oleh RIAA pada Mac 2007 dan menjadi single pertamanya yang terjual platinum.[7] Album ini telah terjual lebih dari tiga juta unit di seluruh dunia.[8] Beliau juga melancarkan dua pita adunan bebas, Can't Take That Away from Me pada 2010 dan Agápē pada Disember 2012, serta EP setelah menyertai Atlantic Records. Pada November 2013, beliau telah menjual lebih dari 7 juta album di seluruh dunia[9] dan telah menjual lebih dari 2,1 juta album dan 4 juta muat turun digital di Amerika Syarikat sahaja.[10][11]

Selain kerjaya muziknya, JoJo juga berkecimpung dalam bidang lakonan. Beliau menjadi bintang undangan di beberapa siri televisyen, bermula dengan sitkom Amerika 2002 The Bernie Mac Show, dan kemudian di American Dreams pada 2004 dan Romeo! pada 2006. Pada tahun yang sama, JoJo membuat penampilan sulung filemnya dalam dua filem besar Hollywood Aquamarine, dan RV. Beliau membintangi filem Lifetime Television True Confessions of Hollywood Starlet pada 2008.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ During a fanquiz on the podcast Shane and Friends JoJo says her real Name is Joanna Noëlle Levesque and is mad about the false Wikipedia informations.
  2. ^ "Joanna "JoJo" Levesque". EthniCelebs.com. Dicapai pada 12 November 2014.
  3. ^ "JoJo Net Worth". TheRichest.com. Dicapai pada 12 November 2014.
  4. ^ "JoJo". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-08. Dicapai pada January 18, 2014.
  5. ^ "Gold & Platinum – January 01, 2011". RIAA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-20. Dicapai pada October 17, 2011.
  6. ^ Whitmire, Margo (June 30, 2004). "Jadakiss Cruises To No. 1 Debut". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada December 30, 2008.
  7. ^ Caulfield, Keith (March 9, 2007). "Ask Billboard". Billboard. Dicapai pada January 18, 2014.
  8. ^ Hasty, Katie (October 25, 2006). "Diddy Scores First No. 1 Album in Nine Years". Billboard. Dicapai pada December 30, 2008.
  9. ^ ""Jumping Trains" With JoJo (Multi-Platinum Recording Artist)". Kade. March 9, 2007. Dicapai pada 2009-02-04.
  10. ^ "JoJo grows up". Dicapai pada 2009-05-16.
  11. ^ Caulfield, Keith (March 9, 2007). "Ask Billboard – End of the 'Road?'". Billboard. Dicapai pada 2009-02-04.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]