Kadar Kemuncak Sejam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perseid tahun 2010 di atas VLT

Dalam astronomi, Kadar Kemuncak Sejam ("Zenithal Hourly Rate" - ZHR) bagi hujan meteor merupakan bilangan meteor seorang pencerap akan lihat dalam tempoh sejam ketika penglihatan langit adalah terang tanpa halangan, gelap (had kejelasan ketara 6.5), ketika kecerahan hujan meteor berada pada kemuncaknya. Kadar yang boleh dilihat hampir sentiasa lebih rendah dan berkurangan apabila radian semakin hampir ke ufuk.


Formula bagi mengira ZHR adalah:

 ZHR = \cfrac{\overline{HR} \cdot F \cdot r^{6.5-lm}}{\sin(hR)}


di mana

\overline{HR} = \cfrac{N}{T_{eff}}

mewakili kadar sejam pencerap. N ("number" bilangan meteor yang dicerap, dan Teff merupakan keberkesanan tempoh pencerapan bagi pencerap.


Contoh: Sekiranya pencerap mengesan 12 meteor dalam tempoh 15 minit, kadar sejam adalah 48. (12 dibahagi dengan 0.25 ham).


 F = \cfrac{1}{1-k}


Ini mewakili faktor pembetulan lapangan penglihatan, di mana k merupakan peratusan lapangan penglihatan pencerap yang terhalang (oleh awan, sebagai contoh).


Contoh: Sekiranya 20% lapangan penglihatan pencerap dilindungi oleh awan, k adalah 0.2 dan F adalah 1.25. Pemantau sepatutnya dapat melihat 25% lebih banyak meteor, dengan itu kita darab dengan F = 1.25.


 r^{6.5-lm}

Ini mewakili faktor pembetulan had magnitud. Bagi setiap pertukaran 1 magnitud pada had magnitud pencerap, bilangan meteor yang dilihat bertukar menurut faktor r. Dengan itu kita perlu memasuk faktor ini dalam kiraan.


Contoh: Sekiranya r adalah 2, dan magnitud had pencerap adalah 5.5, kita perlu mendarab kadar sejam mereka dengan 2 (2 dengan kuasa 6.5-5.5), untuk mengetahui berapa banyak meteor yang akan kelihatan sekiranya magnitud had mereka adalah 6.5.


 \sin(hR)

Ini mewakili faktor pembetulan bagi radiant di atas ufuk (hR). Bilangan meteor dilihat pemantau berubah dengan sine menurut darjah ketinggian radiant.


Contoh: Sekiranya radiant pada ketinggian purata 30&darjah; semasa tempoh pencerapan, kita perlu membahagikan kadar pencerapan sejam dengan 0.5 (sin 30&darjah;) bagi mengetahui berapa banyak meteor akan kelihatan sekiranya radiant berada pada kemuncaknya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]