Kapal selam nuklear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kapal selam nuklear ialah kapal selam yang didorong reaktor nuklear. Kelebihan prestasi kapal selam nuklear berbanding kapal selam "biasa" (lazimnya diesel elektrik) banyak: Pendorongan nuklear, yang tidak memerlukan udara, membolehkan kapal selam agar tidak kerap ke permukaan laut, sesuatu yang perlu dilakukan kapal selam biasa. Jumlah kuasa yang amat besar yang dijana reaktor nuklear membolehkan kapal selam beroperasi pada keljuan tinggi dan buat masa yang lama—tempoh panjang antara penambahan bahan api hanya dihadkan oleh ruang penstoran makanan dan bahan-bahan guna habis lain. Generasi kapal selam selam kini tidak perlu ditambah bahan api sepanjang hayat perkhidmatan selama 25 tahun.[1] Sebaliknya, kuasa terhad yang distor di dalam bateri elektrik bermakna kapal selam biasa yang paling maju pun hanya dapat menyelam buat beberapa hari pada kelajuan rendah, dan hanya beberapa jam pada kelajuan tinggi. Kemajuan dalam pendorongan bebas udara sudah mengurangkan jurang ini sedikit.

Kos teknologi nuklear yang sangat tinggi bermakna hanya segelintir negara yang mampu mengendalikan kapal selam nuklear. Sebilangan kemalangan nuklear dan sinaran serius belibatkan kemalangan kapal selam nuklear Soviet.[2][3] Kapal selam pembawa misil balistik, yang membawa senjata nuklear, ialah satu daripada beberapa jenis kapal selam nuklear. Walau bagaimanapun, kebanyakan kapal selam nuklear membuat penugasan lain, antaranya bertindak sebagai kapal selam penyerang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.