Kazuo Sakamaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kazuo Sakamaki

Kazuo Sakamaki (酒巻和男 Sakamaki Kazuo, 8 November 1918 - 29 November 1999) merupakan kelasi Jepun. Dia merupakan salah seorang dari 10 orang yang dipilih untuk menyerang Pearl Harbor dengan menggunakan kapal selam kerdil Ko-hyoteki. Daripada 10 orang, sembilan yang lain terbunuh (termasuk anak kapal kapal selamnya, Kiyoshi Inagake) dan Sakamaki ditawan oleh Amerika, menjadi tawanan perang pertama ditawan oleh Amerika Syarikat dalam Perang Dunia II.

Dia kemudiannya bekerja dengan Toyota Motor Corp. dan menjadi presiden subsidari Brazil pada tahun 1969. Pada tahun 1983, dia kembali ke Jepun dan bekerja dengan Toyota sebelum bersara pada 1987. Pada 1991, Sakamaki menghadiri persidangan bersejarah di Texas dan bersatu kembali dengan kapal selamnya buat pertama kali selepas 50 tahun.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]