Kde domov muj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kde domov můj? (Di mana kediamanku?) adalah lagu kebangsaan Republik Czech dan telah digunakan sejak merdeka pada 1993. Di dalam negara lama Czechoslovakia, lagu ini merupakan bahagian pertama dalam lagu kebangsaan negara tersebut, dengan lagu kebangsaan Slovakia merangkumi bahagian kedua.

Lagu ini digubah oleh komponis František Škroup dan penulis drama Josef Kajetán Tyl sebagai sebahagian daripada cerita komedi Fidlovačka aneb žádný hněv a žádná rvačka (Fidlovačka, atau tiada amarah dan pergaduhan). Ia dipentaskan buat pertama kali di Stavovské Divadlo (Teater Estates) di Prague pada 21 Disember 1834. Lagu ini pada asalnya memiliki lebih dari satu stanza, tetapi kini, hanya stanza pertama digunakan untuk lagu kebangsaan dan yang lain dilupakan.

Lirik[sunting | sunting sumber]

Kde domov můj,
kde domov můj?
Voda hučí po lučinách,
bory šumí po skalinách,
v sadě skví se jara květ,
zemský ráj to na pohled!
A to je ta krásná země,
země česká, domov můj,
země česká, domov můj!

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Di mana kediamanku?
Di mana kediamanku?
Buihan air di sepanjang ladang
Hutan cemara di tebing tinggi
Bunga musim semi berseri
Pandangan syurga di bumi!
Dan inilah negeri indah itu,
Tanah Czech, kediamanku,
Tanah Czech, kediamanku!

Pautan luar[sunting | sunting sumber]