Kebajikan haiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kebajikan haiwan bermaksud kesejahteraan fizikal dan psikologi haiwan (bukan manusia).[1] Istilah kebajikan haiwan juga memaksudkan keprihatinan manusia terhadap kesejahteraan haiwan ataupun pendirian dalam perbahasan etika haiwan dan hak asasi haiwan.[2]

Keprihatinan sistematik terhadap kebajikan haiwan bolehlah berasaskan kesedaran bahawa haiwan bukan manusia merupakan makhluk yang dapat merasa, oleh itu kesejahteraan haiwan harus diberi pertimbangan, khususnya apabila digunakan oleh manusia.[3] Antara perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah bagaimana haiwan dibunuh untuk makanan, digunakan untuk penyelidikan sains, ataupun dibela sebagai haiwan peliharaan, dan bagaimana kegiatan manusia mempengaruhi kemandirian spesies terancam.

Konsep kebajikan haiwan berdepan dengan dua bentuk kritikan yang sangat bertentangan dengan satu sama lain. Satu pandangan dari zaman lalu menegaskan bahawa haiwan tidak mempunyai kesedaran diri seperti manusia, justeru tidak boleh mengalami ketaksejahteraan. Satu lagi pandangan adalah berdasarkan pendirian hak asasi haiwan bahawa haiwan tidak wajar dianggap sebagai harta, dan apa-apa sahaja penggunaan haiwan oleh manusia tidak boleh diterima. Oleh itu, sesetengah pihak memandang kebajikan haiwan dan hak asasi haiwan sebagai dua pendirian yang berbeza.[2] Oleh yang demikian, sesetengah penyokong hak asasi haiwan berhujah bahawa persepsi kemudahan kebajikan haiwan yang lebih baik meneruskan dan meningkatkan eksploitasi terhadap haiwan[4][5], sedangkan yang lain pula melihat meningkatnya keprihatinan terhadap kebajikan haiwan sebagai jalan yang benar ke arah hak asasi haiwan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hewson, Caroline J. (2003). "What is animal welfare? Common definitions and their practical consequences". The Canadian Veterinary Journal. 
  2. 2.0 2.1 Francione, Gary Lawrence (1996). Rain without thunder: the ideology of the animal rights movement. 
  3. "Draft of the Universal Declaration on Animal Welfare". media.animalmatter.org. 
  4. Garner, Robert. Animal Ethics. Polity Press, 2005; Regan, Tom. The Case for Animal Rights, University of California Press, 1983.
  5. Francione, Gary. Animals, Property, and the Law. Temple University Press, 1995.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kebajikan haiwan