Kebakaran Agung Rom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kebakaran Agung Rom bermula pada malam 18 Julai pada tahun M 64, antara kelompok kedai sekitar Circus Maximus. Kerana ramai penduduk Rom tinggal dalam insulae, yang merupakan bangunan apartmen tiga atau lima tingkat dengan lantai dan dinding kayu, api merebak dengan pantas melalui kawasan berpenduduk padat di bandar. Kebakaran berterusan selama lima hari sebelum dapat di kawal - kemudiannya kembali marak dan terbakar bagi empat hari lagi. Dua per tiga bandar Rom musnah, termasuk Kuil Jupiter Stator dan tempat pembakaran Vestal Virgins.

Menurut Tacitus, "...kebakaran bermula dan dengan cepat menjadi marak dan begitu pantas dari angin sehinggakan ia menyambar keseluruhan sepanjang circus. Kerana di sini tidak terdapat rumah dikelilingi batu pejal. atau kuil dikelilingi dinding, atau sebarang halangan bagi melambatkannya." (Annals XV, 38) Api tersebut terbakar pada ketinggian 1100+ darjah, yang bererti ia tidak berhenti apabila ia sampai kawasan kaya Rom yang di bina dari batu dan konkrit dan bukannya kayu.. Pada akhirnya, tiga daerah musnah sama sekali dan tujuh rosak teruk. Hanya satu per tiga Rom tidak terbabit. Tacitus menulis bahawa antara yang musnah termasuk peninggalan Yunani yang tiada ganti, kuil dewa Rom, sejumlah besar bangunan awam dan istana maharaja Nero sendiri. (Annals XV, 40-41).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]