Kebenaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kebenaran adalah satu konsep yang abstrak. Apabila kita menyetujui sesuatu pekara maka kita akan mengatakan pekara itu benar, ataupun mengakui pekara itu membawa kebenaran. Secara umumnya, terdapat dua permasalahan falsafah yang utama yang berkaitan dengan konsep kebenaran, yakni apakah pekara yang membawa nilai kebenaran? dan juga apakah kebenaran?.

Pembawa Nilai Kebenaran[sunting | sunting sumber]

Dari segi falsafah, pekara yang dapat dinilai dengan "benar" atau "palsu" adalah Pembawa Nilai kebenaran(true bearer). Terdapat banyak pekara yang mungkin merupakan pembawa nilai kebenaran contohnya:

  • Kenyataan
  • Ideal
  • Teori
  • Doktrin
  • dll.

Pada lazimnya pembawa nilai kebenaran merujuk kepada ayat-ayat penyata,tetapi secara mendalam, ayat tanya juga adalah pembawa kebenaran, yakni boleh dinilai dengan nilai benar dan palsu contohnya:

  • Apakah komputer? (benar)
  • Siapakah komputer? (palsu)

Jenis-jenis Kebenaran[sunting | sunting sumber]

Kebenaran Objektif lawan Kebenaran Subjektif[sunting | sunting sumber]

Kebenaran subjektif merujuk kepada kebenaran yang paling intim dengan pengalaman sebenar manusia. Contohnya, "Saya berasa sakit kepala" merupakan satu kebenaran subjektif. Manakala bagi kebenaran objektif pula, ia adalah kebenaran yang berkaitan dengan objek yang wujud dengan dirinya sendiri.