Kebudayaan Liangzhu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cakera jed yang melambangkan kekayaan dan kekuasaan tentera dari kebudayaan Liangzhu.

Kebudayaan Liangzhu (Bahasa Cina: 良渚文化pinyin: liángzhǔ wénhuà) (34002250 SM) merupakan kebudayaan jed Neolithik yang terakhir di kawasan Delta Sungai Yangtze di China. Kawasan pengaruhnya terluar dari sekitar Tasik Tai ke utara hingga Nanjing dan Chang Jiang, ke timur hingga Shanghai dan pinggir lautan, dan ke selatan hingga Hangzhou. Kebudayaan ini amat bersusun lapis, kerana artifak-artifak jed, sutera, gading dan sampang dijumpai hanya di tempat pengebumian bangsawan, manakala hasil tembikar lebih ditemui di kawasan pengebumian mereka yang kurang berada. Tapak contoh di Liangzhu ditemui dan mula-mula diekskavasi oleh Shi Xingeng pada tahun 1936 di Kaunti Yuhang, Zhejiang.

Kebudayaan ini memiliki bidang pertanian yang canggih, dengan sistem pengairan, penanaman padi dan akuakultur. Rumah-rumah di situ lazimnya dibina dengan kaki-kaki bajang di atas sungai atau pinggir pantai.

Pertukangan jed dari kebudayaan ini dicirikan oleh batu-batu jed keupacaraan yang besar dan dibuat dengan halus, dan berukiran motif taotie. Artifak-artifak yang paling menjadi contoh dari kebudayaan ini ialah hiasan cong (silinder). Cong terbesar yang ditemui beratnya 3.5 kg. Cakera bi dan kapak yue turut ditemui, di samping loket-loket jed yang direka dengan ukiran burung, kura-kura dan ikan. Kebanyakan artifak jed Liangzhu mempunyai aspek seakan tulang yang berwarna putih susu kerana asalnya dari batu tremolit serta pengaruh bendalir-bendalir asas air di tapak-tapak pengebumian, tetapi juga terdapat hasil jed buatan aktinolit and serpentin.

Sebuah altar kebudayaan Liangzhu yang ditemui di Yaoshan, Zhejiang, menunjukkan struktur-struktur keagamaan yang terperinci dan dibuat daripada cerucuk-cerucuk batu dan tembok batu yang diletakkan dengan teliti; ini menunjukkazn bahawa agama itu diberi kepentingan besar. Altar tersebut ada tiga tingkat; yang paling tinggi ialah pentas buatan tanah asak. Tiga lagi pentas diturap dengan batu buntar. Juga terdapat tinggalan tembok batu. Di atas altar itu ada 12 buah kubur dalam dua baris.[1]

Penemuan tinggalan tapak tembok kota purba diumumkan oleh kerajaan wilayah Zhejiang pada 29 November 2007. Kesemua tinggalan itu merupakan bahagian-bahagian pembinaan kota. Adalah disimpulkan bahawa tapak tersebut merupakan ibu kota lama Kerajaan Liangzhu yang terluas pengaruhnya sejauh wilayah Jiangsu, Shanghai, dan Shandong masa kini. Sebuah Muzium Kebudayaan Liangzhu dibuka pada tahun 2008. Ia terletak 17.5 kilometer di barat laut dari sudut timur laut Tasik Barat di Hangzhou.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Xujie, Lui (2002). Chinese Architecture -- The Origins of Chinese Architecture (edisi ke-English Ed.). Yale University Press. ms. 16. ISBN 0-300-09559-7. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Allan, Sarah (ed), The Formation of Chinese Civilization: An Archaeological Perspective, ISBN 0-300-09382-9
  • Zhou Ying, "The Dawn of the Oriental Civilization: Liangzhu site and Liangzhu culture", ISBN 978-7-5085-1058-3, China Intercontinental Press, Beijing, 2007 (in both Chinese & English).