Kecemprengman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kecemprengman
  • KecemprengMan #1: Niat Jahat Profesor A
  • KecemprengMan #2: Robot Karipap Besi
  • KecemprengMan #3: Robot Ribut

PengkaryaPoyo
Froggypapa
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreFiksyen Adiwira
PenerbitPTS Publishing House Sdn Bhd (dengan imprin Komik-M)
Tahun terbit2008–2020
Jenis mediaKomik

Kecemprengman ialah siri komik yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan oleh PTS Media Group di bawah imprin Komik-M. Ia dihasilkan oleh pelukis komik Malaysia, Poyo. Bagi siri terakhir komik ini, ia dihasilkan oleh kartunis Froggypapa. Komik ini mempunyai dua versi. Versi pertama mempunyai dua buah komik yang diterbitkan di bawah PTS Publishing House. Versi kedua yang merupakan penerbitan semula siri ini selepas kematian kartunisnya, Poyo pada Januari 2017[1]. Versi kedua diterbitkan di bawah jenama Komik-M sendiri.

Siri komik[sunting | sunting sumber]

PTS Publishing House[sunting | sunting sumber]

  • Kecemprengman, diterbitkan pada 8 April 2008
  • Kecemprengman #2, diterbitkan pada 1 Disember 2008.

Komik-M[sunting | sunting sumber]

  • KecemprengMan #1: Niat Jahat Profesor A, diterbitkan pada 3 April 2017
  • KecemprengMan #2: Robot Karipap Besi, diterbitkan pada 15 Januari 2018
  • KecemprengMan #3: Robot Ribut, diterbitkan pada 19 Oktober 2020

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kecemprengman #1[sunting | sunting sumber]

Kota Metro Cyber diancam bahaya. Seorang saintis hebat yang kecewa dalam hidup merancang membuat kerosakan di muka bumi dan merampas kuasa mentadbir seisi dunia. Seorang superhero buatan tempatan ditugaskan menghalang niat jahat itu. Dengan bantuan pihak berkuasa dan seorang saintis, superhero itu bakal berdepan dengan pertarungan yang getir dan membahayakan nyawa.

Kecemprengman #2[sunting | sunting sumber]

Kecemprengman kini menjadi wira kebanggaan warga kota Metro Cyber. Setelah berjaya menumpaskan robot Tempeyek Besi dan rancangan jahat Profesor X, kini Kecemprengman bakal berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar dan menggugat nyawanya. Nasib Metro Cyber kini bergantung kepadanya. Dengan bantuan Profesor A, Kecemprengman berusaha sedaya upaya demi keamanan manusia sejagat.

Kecemprengman #3[sunting | sunting sumber]

Kota Metro Cyber sudah aman dan sejahtera selepas penjahat utamanya, Profesor Madya Karumalai ditumpaskan oleh KecemprengMan. Akibatnya, kadar jenayah turut menurun dengan mendadak sehingga menyebabkan KecemprengMan kebosanan. Namun, itu sekadar waktu tenang sebelum ribut melanda. Tiba-tiba muncul robot misteri yang mahu menghancurkan Kota Metro Cyber. Maka, mahu tidak mahu, terpaksalah KecemprengMan beraksi kembali!

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "AL-FATIHAH KARTUNIS POYO". Penulis Sana Sini. 26 Januari 2007. Dicapai pada 18 Julai 2021.