Kecuali Cintamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kecuali Cintamu
GenreDrama
Keluarga
Konflik
Cinta
Dendam
Ditulis olehRazlina Ramli
Sarimah Juraimi
Isham Rais
Louise Manjaji
Deen Ali
Nik Naemah Nik Mahir
PengarahJamal Khan
Brother Hud
Dibintangi oleh
Haleeda Mazlin
Nanu Baharuddin
Aman Shah
Mustapha Kamal
Janet Khoo
Lagu pembukaan"Kecuali Cintamu" nyanyian Akma Abdullah
Lagu penutup"Kecuali Cintamu" nyanyian Izwan Pilus
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod50 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifHakim Amir
Bob Azrai
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran48 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 Mei 2009 – 31 Julai 2009

Kecuali Cintamu adalah merupakan sebuah drama bertemakan kehidupan korporat yang diarahkan oleh pengarah Jamal Khan dibawah syarikat Asia Media Content. Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Haleeda Mazlin, Nanu Baharuddin, Aman Shah, Mustapha Kamal, Janet Khoo serta drama ini turut memperkenalkan bakat-bakat baharu yang dicungkil daripada program realiti Anak Wayang. Drama ini disiarkan sebanyak 50 episod bermula pada 25 Mei 2009, ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8:30 malam di Astro Prima.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ruby Sujak (Haleeda) telah berkahwin dengan Effendi Sulaiman (Aman Shah), seorang ahli perniagaan yang berjaya. Perkahwinan yang semakin hambar membuatkan Ruby memberi sepenuh perhatian kepada syarikat penerbitan ANEKA NOVA-nya. Tanpa pengetahuan Ruby, Vivian Thang (Janet Khoo) yang berpura-pura menjadi kawan baiknya menjalinkan hubungan sulit dengan Effendi. Vivian bercita-cita untuk merampas Effendi dari Ruby.

Ruby dan Effendi mempunyai dua orang anak, Jaslina Effendi (Siti Saleha) dan Badrul Effendi (Zain Ruffedge). Masa tidak dapat mengubah cinta sebenar Ruby – Alias Baharuddin. Walaupun saling mencintai, Ruby telah memutuskan hubungan dengan Alias untuk berkahwin dengan Effendi yang merupakan seorang lelaki berada.

Alias sedar yang kemiskinannya yang membuatkan Ruby meninggalkannya. Walaupun begitu, cintanya pada Ruby tetap utuh hingga ke hari ini. Rahsia yang disimpan Ruby ialah, bapa sebenar Badrul ialah Alias.

Zalikha Ali (Nanu Baharudin) telah berkahwin dengan cinta sejatinya, Alias Baharuddin. Walaupun Alias datang dari keluarga yang tidak berada, Zalikha telah jatuh cinta dengan kejujuran serta kebaikan Alias yang bekerja dengan bapanya. Namun, dengan kebijakan Alias, dia telah berjaya membina empayar Gatra, milik keluarga Zalikha. Alias kini dikenali sebagai Kamarul Baharuddin (Mustapha Kamal), seorang pemilik syarikat penerbitan yang terkenal.

Zalikha dan Kamarul mempunyai dua orang anak bernama Zack dan Suria. Setelah lama berkahwin, perkahwinan mereka semakin hambar. Pada waktu yang sama, Zalikha telah mengambil Badrul bekerja di Gatra Moda sebagai jurugambar. Mereka mula rapat dan ini membuatkan Badrul bertambah sukar untuk menyorok identiti sebenarnya sebagai anak Ruby.

Azran (Riz Ainuddin) pula ialah seorang mekanik yang bekerja untuk kedua-dua keluarga Ruby dan Zalikha. Dia mula mengenali Jaslina dan Suria. Walaupun Jaslina sombong, Azran mula jatuh cinta padanya. Suria pula menaruh hati pada Azran. Jaslina mengulangi kesilapan ibunya Ruby dengan menolak cinta Azran kerana kedudukan Azran. Suria pula mengikut jejak langkah Zalikha dengan memberi cintanya pada Azran walaupun mereka dari status yang berbeza.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Episods[sunting | sunting sumber]

Musim Episod Tarikh Siaran di
Astro Prima
Episod pertama Episod akhir
1 25 Mei 2009 31 Julai 2009
2 TBA


Tajuk Pelakon Saluran Tarikh
"Episod 1: ???" Haleeda Mazlin
Nanu Baharuddin
Astro Prima 25 Mei 2009
"Episod 2: ???"
"Episod 3: ???"
"Episod 4: ???"
"Episod 5: ???"
"Episod 6: ???"
"Episod 7: ???"
"Episod 8: ???"
"Episod 9: ???"
"Episod 10"
"Episod 11: ???"
"Episod 12: ???"
"Episod 50" 31 Julai 2009 (dengan Anak Wayang)

Rujukan[sunting | sunting sumber]