Keliwon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Keliwon
Pengarah Rashid Sibir
Lagu pembukaan "Jangan Kau Pergi"
oleh Farawahida
Negara asal  Malaysia
Bilangan episod 26
Syarikat penerbitan Rashbir Media
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 5 Februari 2009 – 30 Julai 2009

Keliwon ialah sebuah siri himpunan cerita rakyat seram TV Malaysia yang pernah ditayangkan dalam slot Seram TV3 pada awal tahun 2009. Inilah drama seram pertama yang diarah oleh Rashid Sibir sepanjang kerjayanya.[1][2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Kelainan Keliwon adalah sebagai himpunan beraneka cerita hantu yang menyiarkan satu cerita berbeza setiap episod, berbeza dengan drama slot Seram lain yang berbentuk satu cerita dalam berbilang episod. Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar, " "Ini merupakan percubaan pertama TV3 bagi membawa kelainan dengan menampilkan pelbagai cerita dalam slot seram ini."[1][2] Tajuk Keliwon berasal dari nama satu hari dalam kitaran Pasaran lima hari dalam kalendar Jawa, yang mana adalah dipercayai bahawa makhluk halus akan muncul untuk merayau dan mengacau orang ramai ketika Keliwon bertindih dengan hari Jumaat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Seram, Khamis, 9.30 malam
Sebelumnya Keliwon
(5 Februari – 30 Julai 2009)
Berikutnya
Puaka Niyang Rapik Tower 13