Kelumpuhan tidur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mimpi ngeri, oleh Henry Fuseli (1781) dipercayai salah satu gambaran klasik lumpuh tidur dilihat sebagai lawatan setan.

Kelumpuhan tidur merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur ataupun ketika bangun tidur. Mereka yang mengalami kelumpuhan tidur pada kebiasaannya akan mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk bersuara dan sebagainya. Kelumpuhan tidur juga biasanya di datangi dengan halusinasi seram atau mimpi ngeri.

Kelumpuhan tidur berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar, selalunya akan tidak sedar sama ada mereka sedang tidur atau pun dalam keadaan jaga sewaktu mengalami lumpuh tidur. Ia juga kebiasaannya berlaku dalam kedudukan tidur melentang atau dada menghadap ke atas.

Gejala dan ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Secara fisiologi, kelumpuhan tidur berkaitan dengan REM atonia, kelumpuhan yang berlaku sebagai sebahagian semula jadi bagi tidur mata gerak cepat (rapid eye movement, REM). Kelumpuhan tidur berlaku apabila otak terjaga dari keadaan REM. tetapi kelumpuhan badan tetap berlaku. Ini menyebabkan pesakit berada dalam keadaan sedar tetapi tidak dapat bergerak. Kelumpuhan ini boleh memakan masa dari beberapa saat sehinggalah ke beberapa minit "dengan mana si pesakit mungkin akan mengalami gejala panik dan perasan yang khayalan tersebut adalah palsu".[1] (diterangkan di bawah) Sebagai mana yang dicadangkan hubung kait dengan REM, kelumpuhan ini bukanlah sepenuhnya; penggunaan surih EOG menunjukkan pergerakan mata masih boleh berlaku semasa kejadian sebegini.[2] Bila narkolepsi tidak hadir, kelumpuhan tidur dirujuk sebagai kelumpuhan tidur terasing (isolated sleep paralysis, ISP).[3]

Lagi, kelumpuhan ini boleh diiringi oleh halusinasi seram atau (hipnopompik or hipnagogik) dan perasaan takut yang amat sangat.[4] Ketakutan si pesakit terhadap kelumpuhan tidur utamanya datang daripada kejelasan husinasi yang dialaminya.[3] Elemen berhalusinasi bagi kelumpuhan tidur membuatkan seseorang cenderung kepada menafsirkan pengalaman tersebut sebagai mimpi, kerana objek-objek yang tidak masuk akal mungkin muncul di dalam ruang bilik dalam pandangan mata kasar seseorang. Sesetengah ahli sains mencadangkan keadaan ini sebagai penerangan bagi penculikan makhluk asing dan penemuan hantu.[5] Satu kajian daripada Susan Blackmore dan Marcus Cox (kajian Blackmore-Cox) dari University of the West of England menyokong pendapat bahawa laporan berkenaan penculikan makhluk asing adalah berkaitan dengan kelumpuhan tidur berbanding kelabilan lobus temporal.[6]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Hersen, Turner & Beidel. (2007) Adult Psychopathology and Diagnosis. p. 380
  2. Hearne, K. (1990) The Dream Machine: Lucid dreams and how to control them, p18. ISBN 0-85030-906-9
  3. 3.0 3.1 Hersen, Turner & Beidel. (2007) Adult Psychopathology and Diagnosis
  4. Hersen Turner & Beidel. (2007) Adult Psychopathology and Diagnosis
  5. McNally RJ, Clancy SA. (2005). "Sleep Paralysis, Sexual Abuse, and Space Alien Abduction". Transcultural Psychiatry 42 (1): 113–122. doi:10.1177/1363461505050715. PMID 15881271. 
  6. Blackmore, Susan; Marcus Cox. "Alien Abductions, Sleep Paralysis and the Temporal Lobe". European Journal of UFO and Abduction Studies (1): 113–118. http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:oDUW-O3VERkJ:www.susanblackmore.co.uk/Articles/ejufoas00.html+%22Alien+Abductions,+Sleep+Paralysis+and+the+Temporal+Lobe%22&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=au&client=firefox-a. Capaian 2008-07-26. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Culhane-Pera, Kathie (2003). Healing by Heart: Clinical and Ethical Case Stories of Hmong Families and Western Providers. Vanderbilt University Press.
  • Bower, Bruce (July 9, 2005). "Night of the Crusher." Science News.
  • Conesa, J. (2000). Geomagnetic, cross-cultural and occupational faces of sleep paralysis: An ecological perspective. Sleep and Hypnosis, 2, (3), 105-111.
  • Conesa, J. (2002). Isolated Sleep Paralysis and Lucid Dreaming: Ten-year longitudinal case study and related dream frequencies, types, and categories. Sleep and Hypnosis, 4, (4), 132-143.
  • Conesa, J. (2003). Sleep Paralysis Signaling (SPS) As A Natural Cueing Method for the Generation and Maintenance of Lucid Dreaming. Presented at The 83rd Annual Convention of the Western Psychological Association, May 1 - 4, 2003 in Vancouver, BC, Canada.
  • Conesa-Sevilla, Jorge (2004). Wrestling With Ghosts: A Personal and Scientific Account of Sleep Paralysis. Pennsylvania: Xlibris/Randomhouse.
  • Cooke, William H.. Justice at Salem: Reexamining the Witch Trials. Undertaker Press, Annapolis. 2009 ISBN 1595943226
  • Firestone M. The “Old Hag”: sleep paralysis in Newfoundland. The Journal of Psychoanalytic Anthropology 1985; 8:47-66.
  • Fukuda K, Miyasita A, Inugami M, Ishihara K. High prevalence of isolated sleep paralysis: kanashibari phenomenon in Japan. Sleep 1987; 10:279-286.
  • Hartmann E. The nightmare: the psychology and biology of terrifying dreams. New York:Basic,1984.
  • Hufford D.J. The terror that comes in the night: an experience-centered study of supernatural assault traditions. Philadelphia:University of Pennsylvania Press, 1982
  • Kettlewell, N; Lipscomb, S; Evans, E. (June, 1993). "Differences in neuropsychological correlates between normals and those experiencing "Old Hag Attacks'." Perceptual and Motor Skills. 76 (3 Pt 1): 839-45; discussion 846. PMID 8321596
  • Ness RC. “The Old Hag” phenomenon as sleep paralysis: a bicultural interpretation. Culture, Medicine and Psychiatry 1978; 2:15-39.
  • Ohayon MM, Zulley J, Guilleminault C, Smirne, S. Prevalence and pathologic associations of sleep paralysis in the general population. Neurology, 1999; 52:1194-1200.
  • Sagan, Carl (1997). The Demon-Haunted World: Science as a Candle in the Dark.
  • Schneck JM. Sleep paralysis and microsomatognosia with special reference to hypnotherapy. The International Journal of Clinical and Experimental Hypnosis 1977; XXV:72-77.
  • Takeuchi T, Miyasita A, Sasaki Y, Inugami M, Fukuda K. Isolated sleep paralysis elicited by sleep interruption. American Sleep Disorders Association and Sleep Research Society, 1992; 15: 217-225.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]