Kerengga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Oecophylla smaragdina

Kerengga, nama saintifik Oecoephylla smaradgina, dalam Bahasa Inggeris "weaver ants, tergolong dalam Kelas Insekta, Order Hymenoptera, Famili Formicidae, adalah sejenis semut yang berkoloni. Sesuatu koloni terdiri dari Ratu, raja, pekerja (askar), anak (larva) dan kepompong.

Kerengga biasanya akan membina sarangnya yang diperbuat daripada daun-daun yang dilekat bersama. Sarang ini biasanya terletak tinggi dari tanah dan kerengga ini akan mempertahankan keseluruhan pokok tersebut daripada penceroboh, termasuk manusia yang cuba memanjat pokok tersebut. Ia akan menyerang secara beramai-ramai dan akan menggigit dengan kuat dan tidak akan mudah melepaskan gigitannya walaupun dibunuh.

Pertukaran makanan cari (trophallaxis) bagi O. smaragdina.

Kadang-kala kerengga ini sengaja dilepaskan pada pokok buah bagi membantu menjauhi pokok buah tersebut daripada serangan serangga perosak.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]