Kerepek kentang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Saratoga chips

Kerepek kentang merupakan kepingan kentang yang digoreng atau dibakar sehingga garing. Ia biasa dimakan sebagai pembuka selera atau snek.

Asal kerepek kentang[sunting | sunting sumber]

Secara tradisional, kerepek kentang dipercayai dicipta dengan tidak sengaja oleh George Crum, yang merupakan seorang tukang masak di sebuah restoran rumah persinggahan di Saratoga Springs, New York, A.S. Restoran tersebut sangat popular dengan jejari kentang goreng. Suatu hari, terdapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan jejari kentang itu terlalu tebal. Lalu, Crum menipiskan kentang tersebut tetapi pelanggan masih tidak puas hati. Oleh itu, Crum telah memotong kentang itu dengan paling nipis seperti kerepek dan menggorengnya. Crum meletakkan garpu untuk menyakitkan hati pelanggannya. Sesuatu luar dugaan telah berlaku. Pelanggan Crum amat menyukainya.[1]

Kerepek kentang goreng Crum diberi nama "Saragota Chips".[2] Kerepek ini telah dibungkuskan dan dijual di New York. Kerepek kentang ini mendapat permintaan tinggi di pasaran. Selepas itu, Crum telah membuka restorannya sendiri dan menu utamanya ialah kerepek kentang goreng.

Penjelasan lain asal-usul kerepek kentang ialah daripada resipi Shilling Cookery for the People oleh Alexis Soyer (1845) atau The Virginia House-Wife oleh Mary Randolph (1824)[3] selain dua lagi buku masak sezaman.

Rujukan[sunting | sunting sumber]