Kereta api komuter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta api komuter Connex di sebuah platform di Melbourne, Australia

Kereta api komuter atau kereta api tempatan biasanya menyediakan khidmat pengangkutan antara kawasan perniagaan utama yang dikunjungi ramai orang setiap hari dan kawasan-kawasan di sekelilingnya . Kereta api yang menyediakan khidmat ini boleh dipanggil komuter. Pembangunan khidmat kereta api komuter ini telah menjadi popular kini, dengan kesedaran ramai terhadap kesesakan, serta isu bahan bakar fosil dan isu-isu alam sekitar lain. Lagipun kos pembelian kereta dan penjagaannya kian meningkat dari hari ke sehari.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Elektrichka bertolak dari stesen

Komuter biasanya dioptimumkan untuk isipadu penumpang, biasanya tanpa mengorbankan terlalu banyak keselesaan dan ruang bagasi, tetapi jarang dengan keselesaan kereta api jarak jauh. Julat umum jarak kereta api komuter adalah di antara 15 dan 180 km, dengan laju antara 55 hingga 175 km/j. Gerabak penumpang boleh jadi satu atau dua tingkat, dengan muatan antara 80 - 110 penumpang untuk kereta satu tingkat dan 145 - 170 untuk kereta dua tingkat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]