Kereta kebal OF-40

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
OF-40
Jenis Kereta kebal utama
Asal Bendera Itali Itali
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1981-Kini
Digunakan oleh  Emiriah Arab Bersatu
Sejarah pengeluaran
Pereka OTO Melara
Tarikh cipta 1977
Pengeluar OTO Melara/FIAT
Tarikh pengeluaran 1980-1985
Spesifikasi
Berat 45.5 t (50.2 short tons)
Panjang 9.22 m (30.2 ka)
Lebar 3.51 m (11.5 ka)
Tinggi 2.45 m (8.0 ka)
Krew 4

Senjata
utama
1 x 105mm L7 gun
(57 rounds - 42 hull, 15 turret)
Senjata
kedua
2 x mesingan 7.62mm (1 sejajar, 1 anti-pesawat)
Enjin MTU MB 838 Ca M500 V-10
830 PS (819 hp, 610 kW)
Kuasa/berat 18.2 PS/tonne
Sistem
ampaian
Torsion bar
Kapasiti bahan api 1,000 l (260 US gal)
Jarak
operasi
600 km (370 bt)
Kelajuan 60 km/h (37 mph)


Kereta kebal OF-40 merupakan sebuah kereta kebal utama keluaran syarikat OTOBREDA dari Itali.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal OF-40 direka khusus sebagai usaha swasta khusus bagi pasaran eksport sejak 1977, dengan Otobreda bertanggung jawab bagi reka bentuk keseluruhan dan pengeluarannya dan Fiat bagi pek kuasa. Prototaip pertama disiapkan pada tahun 1980 dan pada tahun 1981 Emiriah Arab Bersatu menerima penghantaran pertama bagi 18 Mk I. Ini diikuti dengan tempahan kedua bagi 18 Mk 2 dan tiga kenderaan kembalik berperisai, yang kesemuanya telah dihantar kemudiannya. Kereta kebal Mk I kemudiannya turut dipertingkatkan selaras dengan piwaian Mk 2.

Tatarajahnya serupa dengan kereta kebal Leopard 1 yang ia berkongsi sebahagian komponen. Pemandunya duduk di hadapan disebelah kanan dengan sebahagian peluru dan pek NBC di sebelah kiri, turet ditengah dan enjin dan tranmisi di belakang. Komander dan juru meriam duduk di sebelah kanan turet dengan pemuat di sebelah kiri.

Persenjataan utama terdiri daripada meriam berpilin 105mm yang menggunakan peluru piwaian NATO dan dongakan berkuasa dari -9° hingga +20°, dengan turet berputar 360° penuh. Satu mesingan 7.62mm dipasang sejajar dengan persenjataan utama, dan satu mesingan 7.62mm atau 12.7mm dipasang pada bahagian atas turet sebagai pertahanan udara. Sistem kawalan tembakan termasuk penetap julat laser dan penglihatan siling siang/malam bagi komander.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal OF-40 Mk 2 memiliki sistem kawalan tembakan Galileo OG14L2A yang termasuk sistem penstabil bagi meriam 105mm dan kamera LLTV yang dipasang pada bonggol hadapan turet dan dijajar dengan meriam 105mm.

Kerangka OF-40 boleh digunakan bagi sistem persenjataan yang lain, seperti turet anti pesawat 35mm berkembar anti-aircraft turret, dan menggunakan enjin yang berlainan.

Ia digunakan bagi howitzer gerak sendiri Palmaria 155mm dan kereta kebal anti pesawat OTO 76/62 76mm, yang masih pada tahap prototaip. Palmaria telahpun dikilangkan.

Status[sunting | sunting sumber]

Pengelauran tamat. Dalam perkhidmatan dengan Emirate Arab Bersatu sahaja.

Pengilang[sunting | sunting sumber]

  • OTOBREDA, La Spezia, Itali