Kereta kebal Stridsvagn m/42

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stridsvagn m/42 (1943)

Kereta kebal Stridsvagn m/42 (Strv m/42) merupakan kereta kebal Sweden pertama yang dilengkapi dengan meriam 75 mm. Ia dikenali sebagai Lago oleh AB Landsverk. Ia pertama kali mula berkhidmat dengan tentera Sweden pada November 1941 dan dinamakan sebagai Stridsvagn m/42. Ia merupakan kereta kebal moden sepenuhnya pada masa itu. Ia dilengkapi dengan meriam 75 mm L/34. Ia juga dilindungi dengan baik dan lincah bergerak.

Pada Januari 1942 tambahan 60 Strv m/42s ditempah. Sesetengah dari kumpulan ini di bina di bawah lesen oleh Volvo, dan 55 buah darinya dipasang dengan enjin Scania. Baki lima buah lagi dilengkapi dengan enjin baru Volvo. Pada Jun 1942 tambahan 80 buah lagi ditempah dari Landsverk. Pada April 1943 tambahan 282 buah lagi ditempah dari Volvo.

Kereta kebal Stridsvagn m/42 beransur-ansur dikeluarkan dari perkhidmatan aktif pada 1950-an dan digantikan dengan kereta kebal Stridsvagn 81. 235 buah darinya dibina semula sebagai kereta kebal Stridsvagn 74 dan kenderaan jenis Eh dipindahkan ke kenderaan meriam-Infantri sebagai IKv 73. Turet bakinya digunakan sebagai kubu kotak meriam statik, kebanyakannya mempertahankan pelabuhan dan kadang-kala lapangan terbang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. Tanks of the World 1915-1945 by Peter Chamberlain and Chris Ellis 1972/2002 p 161.
2. Swedish armor

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Mil-vehicle-stub