Kereta kebal TM-800

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kereta kebal TM-800 merupakan sebuah kereta kebal serdahana buatan Romania.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal utama TM-800 adalah hampir sama seperti kereta kebal T-54/T-55 Russia dan memiliki turet dan kerangka yang sama, perbezaan luaran yang utama hanyalah ia memiliki enam roda jalan lebih kecil berbanding lima roda jalan yang lebih besar yang dimiliki oleh kereta kebal T-54/T-55. Kereta kebal TM-800 turut memiliki skirt sisi yang menganjur sepanjang sisi kenderaan dan tidak seperti kereta kebal T-54/T-55/ T-62/ T-72 tidak terdapat bukaan eksoz pada sebelah kiri badan.

Pemandu duduk disebelah hadapan kiri dengan sebahagian peluru di sebelah kanan dengan turet di tengah dan pek kuasa di belakang. Komander dan jurutembak duduk di sebelah kiri turet dengan pemuat disebelah kanan.

Persenjataan utama terdiri daripada meriam 100mm yang dipasang dengan penyingkir asap berhampiran muncungnya. Turet berputar 360° penuh dengan dongakan senjata dari -5° hingga +17°.

Peralatan piwaian termasuk peralatan pandang malam inframerah bagi komander, jurutembak, dan pemandu dan sistem kawalan tembakan berkomputer. Bilah jentolak dan sistem pembersih periuk api boleh dipasang pada bahagian hadapan badan kereta kebal.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal TR-85, sama seperti kereta kebal T-55 tetapi memiliki penjejak jarak laser di atas 100 mm mantlet, kerangka memiliki enam roda jalan, dek enjin belakang berbeza dan skirt sisi.

  • TR-85N, peningkatan TR-85
  • TR-85M1, peningkatan terkini dengan banyak peningkatan seperti perisai tambahan di hadapan turet
  • TR-125, sama seperti T-72 Russia tetapi hanya beberapa buah dibina.
  • TER-800 merupakan model Kenderaan Kembalik Berperisai (ARV) bagi TR-800
  • TR-580, ini dipercayai mendahului TR-85 dan memiliki badan yang sama tetapi dengan enam roda jalan berjejari, dengan skirt sisi dipasang.

Status[sunting | sunting sumber]

Pengeluaran tamat. Dalam perkhidmatan dengan Romania.

Pengilang[sunting | sunting sumber]

Kilang negara Romania.