Kerub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kerub, Cherub (bahasa Ibrani. כְּרוּב, jamak. כְּרוּבִים, bahasa Inggeris terjemahan kərūv, jamak. kərūvîm, gandaan dua kərūvāyim lat. cherub[us], jamak cherubi[m], Assyrian ܟܪܘܒܐ) ialah sejenis perkara kerohanian yang disebut dalam Bible, ia acap kali muncul bersama-sama ketika masa kemunculan Tuhan. Dalam perkataan jamak, ia boleh ditulis cherubim, cherubimsKJV atau cherubs. Dalam perkataan bahasa Inggeris moden, kerub juga kadang-kala digunakan khas untuk merujuk kepada putti, bayi atau malaikat kemetot dalam pelbagai karya seni lukisan Kristian yang boleh diketemukan dalam lukisan era Italian Renaissance dan Baroque.

Kerubim acap kali diterangkan dalam Kitab Taurat (lima kitab hukum Musa), Kitab Ezekiel, dan Kitab Isaiah. Mereka juga turut diterangkan dalam Kitab Raja-raja 1, Raja-raja 2, 1 Chronicles, dan 2 Chronicles utamanya dalam pembinaan Kuil Suci, Yerusalem. Kerubim hanya sekali sahaja muncul dalam Perjanjian Baru, dalam Ibrani 9:5, yang merujuk kepada penutup pendamai bahtera perjanjian.

Nabi Ezekiel menggambarkan kerubim sebagai makhluk hidup bertiga, setiap satunya mempunyai empat wajah: manusia, singa, ox dan helang. Mereka dikatakan mempunyai bentuk tubuh dan tangan seperti manusia, kaki seperti anak lembu dan mempunyai empat sayap bagi setiap seekor. Dua sayapnya melanjur keatas, bertemu keatas bagi menjaga mahkota Arasy Tuhan; sementara 2 sayap yang lain melanjur ke bawah dan menutup separa tubuh mereka.

Mengikut kepercayaan Yahudi dan Kristian, Cherub adalah salah satu daripada golongan Malaikat. Malah, cherub dikatakan lebih tinggi darjatnya berbanding dengan para Malaikat Utama seperti Gibrael (Jibril), Raphael, Micheal (Mikail) dan sebagainya. Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mana Gibrael (Jibril) adalah ketua kepada semua para Malaikat. Kerub dipercayai tidak mempunyai nafsu dan perasaan sepertimana manusia. Ia merupakan makhluk Tuhan yang sangat taat.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Yaniv, Bracha, The Cherubim on Torah Ark Valances, Jewish Art Department, Bar-Ilan University, published in Assaph: Studies in Art History, Vol.4, 1999

Pautan luar[sunting | sunting sumber]