Kesatuan Mediterranean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ahli Kesatuan Mediterranean semasa pelancarannya pada Julai 2008

Kesatuan Mediterranean (Bahasa Perancis: Union pour la Méditerranée; Bahasa Inggeris: Union for the Mediterranean) merupakan satu komuniti negara ahli Kesatuan Eropah (EU) dan negara bukan ahli EU yang bersempadan dengan Laut Mediterranean yang ditubuhkan pada 13 Julai 2008[1] oleh Presiden Perancis Nicolas Sarkozy.

Beliau pada mulanya mencadangkan idea ini sebagai pilihan terhadap keahlian Turki ke Kesatuan Eropah, di mana Turki akan menjadi tulang belakang Kesatuan Mediterranean baru itu,[2] tetapi dengan pengecilan rancangan itu pada Mac 2008 idea itu telah digugurkan. Setelah Turki diberi jaminan pada Mac 2008 yang projek itu tidak akan menjadi alternatif kepada keahlian EUnya, mereka bersetuju untuk menyertainya.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli kesatuan ini terdiri dari semua ahli EU dan negara yang terletak di lingkar Mediterranean atau yang terlibat dalam Euromediterranean Partnership. Ideanya ialah untuk membentuk hubungan antara Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sarkozy sounds out basis for Mediterranean Union Euractiv.com 2007-07-16. Dicapai 2007-07-19.
  2. Sarkozy: "Turkey could be the backbone of a Mediterranean Union" Turkish Press Review 08/02/07
  3. Sarkozy's proposal for Mediterranean bloc makes waves International Herald Tribune. 2007-05-10

Pautan luar[sunting | sunting sumber]