Kesenian Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Skrol Tangan Hikayat Genji antara contoh hasil kesenian Jepun.

Kesenian Jepun merangkumi semua jenis gaya dan medium kesenian, termasuklah puisi, seni ukir dari kayu dan sebagainya, lukisan dakwat pada sutera dan kertas, manga dan kartun, dan berbagai-bagai lagi hasil seni lain. Ia juga mempunyai sejarah yang sangat panjang, bermula dari penempatan awal manusia ke kepulauan Jepun, lebih kurang 10 abad sebelum Masihi hingga ke hari ini. Kesenian Jepun juga banyak dipengaruhi oleh budaya luar seperti kebudayaan Cina, kebudayaan Korea dan sebagainya.