Ketuhar gelombang mikro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ketuhar gelombang mikro yang moden

Ketuhar gelombang mikro adalah perkakas dapur yang memanaskan makanan menggunakan pemanasan dielektrik. Ia berfungsi dengan menggunakan radiasi gelombang mikro untuk memanaskan molekul-molekul yang berpolar di dalam makanan. Pengujaan ini berlaku dalam keadaan yang hampir seragam di bahagian permukaan makanan tersebut di antara kedalaman 1 inci hingga 1.5 inci pada makanan yang lebih lembab. Manakala makanan yang kering, radiasi akan menembus ke bahagian lebih dalam lagi pada makanan. Penembusan ini membolehkan makanan di masak dengan lebih sekata berbanding cara konvensional.