Yusof Mohamad: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 31: | Baris 31: | ||
== Kematian == |
== Kematian == |
||
Beliau |
Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya di [[Hospital Kuala Lumpur]] (HKL) akibat serangan jantung pada 14 Mei 2000 di usia 49 tahun. Jenazah beliau telah dibawa pulang ke kampung halamannya di [[Tanjung Malim]], [[Perak]] untuk disemadikan buat selama-lamanya. |
||
== Rujukan == |
== Rujukan == |
Semakan pada 06:12, 7 November 2023
Yusof Mohamad | |
---|---|
Kelahiran | 14 September 1950 |
Meninggal dunia | 14 Mei 2000 | (umur 49)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | pelakon |
Tahun aktif | 1988–2000 |
Terkenal kerana | Pak Halim |
Yusof Mohamad ialah seorang pelakon Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak sebagai Pak Halim dalam sitkom Rumah Kedai yang bersiaran di TV3.
Kerjaya
Permulaan karier seni beliau sebagai pelakon teater sebelum menceburi seni lakonan TV apabila terbabit sebagai salah seorang pelakon utama dalam drama bersiri berjudul Rumah Kedai yang disiarkan di kaca TV pada tahun 1988. Walaupun kemunculan beliau bukanlah dari usia remaja, namun populariti yang beliau perolehi setelah membintangi drama bersiri tersebut mengatasi sesetengah pelakon-pelakon remaja sedia ada ketika itu.
Beliau turut berpeluang bekerjasama dengan beberapa orang pengarah hebat antaranya ialah Nurhalim Ismail dan Adman Salleh.
Drama berjudul "Cindai" bawah arahan Adman Salleh yang diadaptasi daripada sebuah Naskhah Teater karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan telah membuktikan bakat beliau sebagai pelakon utama yang dapat lari dari bayangan watak alim "Pak Halim" dalam drama bersiri Rumah Kedai yang mempopularkan beliau.
Setelah berjaya memainkan peranan dalam beberapa buah drama yang menghiasi kaca TV tanahair.
Kematian
Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung pada 14 Mei 2000 di usia 49 tahun. Jenazah beliau telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Tanjung Malim, Perak untuk disemadikan buat selama-lamanya.