Tanjung Malim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Tanjung Malim
بندر تانجوڠ ماليم
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Batang Padang
Mukim Bandar Tanjong Malim
Keluasan N/A

Bandar Tanjung Malim terletak di selatan negeri Perak, berhampiran dengan sempadan negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 70 km di utara Kuala Lumpur.

Tanjung Malim terletak betul-betul di sebelah utara Sungai Bernam. Sungai Bernam menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjung Malim hampir pada titik koordinat yang sama. Tanjung Malim terletak di laluan utama yang menghubungkan Ipoh dan kuala Lumpur sekiranya tidak menggunakan lebuh raya.

Tempat yang berhampiran dengan Tanjung Malim ialah Ulu Bernam, Kalumpang, Ketoyong, Behrang, Behrang Ulu, Kampung Kelawar dan Slim River.

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Gunung yang tertinggi ialah Gunung Liang Timur (1933 m) yang terletak di sebelah timur Tanjung Malim.

Muka bumi Tanjung Malim diairi oleh Sungai Bernam. Sungai Bernam mengalir ke Kuala Sungai Bernam di Sabak Bernam. Tinggi mukabumi Tanjung Malim 100 m dari atas laut. Bahagian barat Tanjung Malim ialah negeri Selangor iaitu kawasan paya yang luas iaitu Sungai Tengi. Kawasan ini telah ditebusguna dengan membina saliran dan ditanam dengan kelapa sawit.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Tanjung Malim terkenal kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulu Maktab Perguruan Sultan Idris.

Tanjung Malim juga terkenal sebagai tempat persinggahan bas-bas ekspres yang mengikut jalan lama, sebelum wujudnya Lebuhraya Utara-Selatan. Selepas terbinanya lebuh raya, bandar Tanjung Malim hampir ditinggalkan. Di sini terdapat gerai kuih Pau atau Pau Tanjung Malim yang sangat enak.

Tanjung Malim sekarang lebih dikenali apabila kerajaan negeri Perak telah memulakan rancangan untuk membangunkan bandar baru iaitu Bandar Behrang 2020 dan Bandar raya Proton

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanjung berasal dari bentuk tanjung di ulu Sungai Bernam. Malim pula berasal dari kata "muallim" yang bermaksud orang yang sangat berilmu.

Pada 19 September 1903, rangkaian kereta api telah dibina antara Perai di Seberang Perai melalui Tapah Road ,Tanjung Malim dan Kuala Kubu terus ke Seremban sepanjang 450 km.[1]

Pada 1922, Maktab Perguruan Tanjung Malim ditubuhkan oleh British atas desakan Sultan Idris. Maktab ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Kerajaan Negeri-Negeri Selat menggantikan Maktab Perguruan Melaka dan Maktab Perguruan Matang, Taiping, Perak yang ditutup. Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Sir George Maxwell telah merasmikan maktab ini dan pengetua pertamanya ialah O.T Dussek.[2]

Pada 25 Ogos 1957, seramai 2000 penduduk Tanjung Malim menyertai gerakan menentang komunis kerana hutan Tanjung Malim dan Sungai Bil serta hulu Sungai Bernam menjadi kubu pengganas komunis. 2000 orang ini memasuki hutan belantara dan menyeru 5 orang pengganas komunis yang masih aktif agar menyerah diri. Kapal terbang turut digunakan, menggunakan pembesar suara agar pengganas komunis menyerah diri. Kawasan tinjauan sehingga 4 batu radius selama 4 jam sejak jam 9.00 pagi. Mereka termasuklah Jawatankuasa Rakyat Setia Tanjung Malim. Tentera dari Batalion ke-5 Askar Melayu serta 13 unit Pasukan Polis Persekutuan serta tentera udara turut membantu dan menjaga keselamatan.[3]

Pada 22 Disember 1958, Sekolah Menengah Melayu Tanjung Malim dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Razak sempena nama Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Tun Abdul Razak Hussein. Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir Johari datang merasmikan bangunan baru sekolah, dengan kos RM1.5 juta. Pembinaan ini selaras dengan Penyata Razak 1956.[4]

Plaza Tol pertama di Malaysia terletak di jalan besar antara Slim River ke Tanjung Malim dibuka pada 1964. Jalan dua hala sepanjang 20 km ini dinamakan 'Lebuh raya Tanjung Malim-Slim River'. Jalan besar ini dikenakan tol, sebelum Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Plus mula dibina pada 1988 dan siap pada 1994. Sistem jalan raya bertol ini yang pertama di Asia.[5]

Pada 1995 Perjanjian Pembangunan Tanah Industri Tanjung Malim diadakan.Perak diwakili oleh Menteri Besar Perak,Tan Sri Ramli Ngah Talib, Hicom oleh Presidennya Tan Sri Jamil Rais Mohd Jan dan Proton oleh Pengarah Urusan, Datuk Nadzmi Mohd Salleh. Tanah seluas 1,260 hektar digunakan untuk mengeluarkan 500,000 unit kereta Proton Gen-2 dan lain-lain.Majlis pecah tanah tapak Proton dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 23 Mac 1996. [6]

Pada 1996, landasan kereta api berkembar antara Rawang - Ipoh diluluskan. Tanjung Malim dan Serendah turut menikmati kemudahan ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik memaklumkan bahawa projek ini seperti di Jepun dan Itali. Kelajuan maksimum kereta api ini ialah 250 kilometer/jam untuk jalan lurus dan 120 kilometer/jam untuk laluan selekoh.[7]

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Jalan Maktab, 35900 Tanjung Malim
  • Politeknik Tanjung Malim
  • Sekolah Menengah Khir Johari, Jalan Slim Baru, 35900 Tanjung Malim
  • Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim
  • Sekolah Kebangsaan Methodist
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tan Sri Datuk Manikvasagam
  • Sekolah Jenis Kebangssan (C) Chung Sin
  • Sekolah Kebangsaan Proton City
  • Sekolah Kebangssan Bandar Behrang 2020
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020

Pasaraya[sunting | sunting sumber]

  • Pasaraya Billion
  • Pasaraya TF Value
  • Pasaraya Grandbuy
  • Pasaraya Big Ten(Ten Ten Group)
  • Mydin Hypermarket( Dalam Pembinaan)
  • Pasaraya Econsave( Dalam Pembinaan)
  • Pusat Pakaian Hari-Hari
  • Peace Collection Sdn Bhd
  • Riamoda@Jakel Textile Sdn Bhd
  • Restoren K.P Mohamad
  • Restoren Hijjaz
  • Mani Bistro

Restoran Dan Cafe[sunting | sunting sumber]

  • Old Town White Coffee
  • KFC (2 Cawangan)
  • Secret Receipe
  • Pizza Hut
  • Tutti Fruitti
  • Easy Cafe
  • Restoran Nasik Kandar 24jam
  • Restoran Pau Yik Mun(Terkenal Di Malaysia)
  • E-Place Cafe
  • Restoran Cupak
  • Nasi Ayam Farhani

Masjid[sunting | sunting sumber]

  • Masjid Jamek Tanjung Malim 35900 Tanjung Malim
  • Masjid Kampung Kelawar 35900 Tanjung Malim
  • Masjid Behrang Hulu 35910 Tanjung Malim
  • Masjid Kampung Sungai Dara, Behrang Stesyen, 35950 Tanjung Malim
  • Masjid Raja Muda Musa 11, Behrang Stesyen, 35950 Tanjung Malim
  • Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020, 35950 Behrang

Bank[sunting | sunting sumber]

Sistem pengangkutan[sunting | sunting sumber]

  • Stesen bas Tanjung Malim
  • Stesen kereta api Tanjung Malim

Estet[sunting | sunting sumber]

  • Bukit Jalil Estates Sdn Bhd
  • Andakmalai Estate

Utiliti[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Poliklinik Salehuddin
  • Klinik Dr Azhar Dan Rakan-rakan
  • Klinik Kesihatan TG.Malim
  • Klinik Nabilah (berhadapan UPSI)
  • Klinik Dr Mazlan (berhadapan Maybank)
  • Klinik UPSI

Koperasi[sunting | sunting sumber]

  • Koperasi Malim Jaya
  • Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari Tanjung Malim Bhd
  • Koperasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Bhd
  • Koperasi Politeknik Sultan Azlan Shah Berhad (KOPSAS BERHAD)
  • Koperasi Universiti Malaya (PEKANBUKU KOOP)

Kemudahan sukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]