Khidmat Negara Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Khidmat Negara di Singapura)

Perkhidmatan Negara (bahasa Inggeris: National Service, singkatan: NS) ialah istilah yang diberi kepada amalan kerahan tenaga yang wajib disertai semua kaum lelaki yang merupakan warganegara Singapura dan penghuni tetap generasi kedua di negara tersebut setelah mencecah usia 18 tahun. Mereka yang terlibat menjalani khidmat sepenuh masa (Full Time National Servicemen, NSF) selama dua tahun dalam Angkatan Bersenjata Singapura (Singapore Armed Forces, SAF), Pasukan Polis Singapura (Singapore Police Force, SPF), atau Pasukan Pertahanan Awam Singapura (Singapore Civil Defence Force, SCDF).

Apabila seseorang askar kerahan ini selesai menjalani khidmat sepenuh masanya, maka dia dikira "sedia beroperasi", dan maka itu digelar Operationally-Ready National Serviceman (NSman). NSmen ini bersamaan dengan askar simpanan dalam tentera negara lain.

Setiap tahun, NSmen ini dipilih untuk melalui latihan tahap tinggi atau rendah sehingga mencapai usia 40 atau 50 tahun bergantung pada pangkat mereka. Latihan intensif atau 'tahap tinggi' melibatkan operasi dalam Latihan Dalam Markas (In-Camp Training, ICT) selama tujuh hari atau lebih, sementara latihan 'tahap rendah' pula memaksudkan sesi latihan selama enam hari ke bawah.

Kebanyakan dari askar kerahan ini berkhidmat di pasukan Tentera iaitu sebahagian SAF, terutamanya disebabkan Tentera lebih banyak memerlukan tenaga manusia berbanding pasukan bersenjata lain, Polis, dan Pertahanan Awam. Selain itu, jika dibandingkan dengan Tentera, Angkatan Udara dan Lautnya merupakan pasukan lebih kecil yang terdiri daripada askar biasa. Oleh sebab keperluan tenaga manusia kedua-dua angkatan tersebut lebih menekankan pengkhususan, maka pusing ganti kakitangan jika tidak berhenti-henti boleh mudah menjejaskan operasi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]