Pengerahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
██ Tiada angkatan tentera ██ Tiada pengerahan ██ Merancang menghapuskan pengerahan ██ Pengerahan ██ Tiada maklumat

Pengerahan ialah suatu tindakan mewajipkan orang awam menyertai suatu bentuk perkhidmatan negara, lazimnya perkhidmatan tentera.[1] Pengerahan telah bermula sejak baharian dan masih berkekalan hingga kini di sesetengah negara dengan pelbagai nama. Sistem moden pengerahan kebangsaan hampir-sejagat untuk para belia bermula sejak Revolusi Perancis pada 1790-an, di mana ia menjadi asas ketenteraan yang besar dan berkuasa. Kebanyakan negara Eropah kemudian meniru sistem ini sewaktu masa aman, supaya belia lelaki pada umur tertentu akan berkhidmat 1–3 tahun dalam tugas aktif, kemudian berpindah ke angkatan simpanan.

Pengerahan boleh menjadi berkontroversi, disebabkan oleh bantahan ikut nurani terhadap perkhidmatan, atau bantahan politik terhadap kerajaan yang tidak disukai, atau perang tidak popular. Mereka yang dikerah mungkin mengelak perkhidmatan, kadangkala dengan meninggalkan negara.[2] Sesetengah sistem pemilihan menyelesaikan situasi ini dengan menyediakan perkhidmatan alternatif di luar peranan operasi pertarungan lazim ataupun di luar ketenteraan, seperti Zivildienst di Jerman, Austria dan Switzerland.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Conscription". Merriam-Webster Online. 
  2. "Seeking Sanctuary: Draft Dodgers". CBC Digital Archives.