Kisah Pengembaraan Kroit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kisah Pengembaraan Kroit
Kulit novel grafik Kisah Pengembaraan Kroit
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
Majalah: Gempak
FormatBerwarna
GenreAksi
Fantasi
Komedi
Tarikh penerbitan2006
Bil. isu6
Novel grafik: 1
Watak utamaKroit
Pasukan kreatif
KaryaZint(pelukis) & KY(grafik 3D)

Kisah Pengembaraan Kroit merupakan karya pelukis komik Malaysia iaitu Zint dan KY(grafik 3D).Mengisahkan Kroit yang menggelar dirinya Raja Pencuri kemudiannya secara tidak sengaja telah ditangkap,dia kemudiannya bertemu dengan Frelia iaitu sekuntum bunga yang boleh bebicara.Komik di merupakan komik gabungan 3D dan 2D pertama di Malaysia.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kroit, seorang pencuri licik dan sentiasa memperkenalkan dirinya sebagai gelaran Raja Pencuri, terjumpa sekuntum bunga yang bernama Frelia ketika dia dipenjara. Setelah 30 tahun terperusuk di muka bumi, Frelia - dengan bantuan Kroit - pulang ke Sorga Loka untuk melaksanakan misinya yang sudah lama tertangguh. Kehadiran mereka di Sorga Loka tidak disenangi oleh pihak berkuasa di situ dan mereka telah dihalau sekonyong-konyongnya ke neraka oleh suatu kuasa jahat. Demi menuntut kembali tempatnya di Sorga Loka, Frelia memerlukan bantuan Kroit lebih dari sekadar kepakaran dan bakat mencuri Kroit.