Kitab Bible Ibrani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Manuskrip Alkitab Ibrani bersama Targum Aramia (abad ke-11)

Alkitab Ibrani (Latin Biblia Hebraica) ialah istilah yang memaksudkan catatan-catatan Alkitab Yahudi (Bahasa Ibrani: תנ"ך Tanakh) yang dikarang dalam bahasa Ibrani dan Aramia (Kitab Daniel, sesebahagian Kitab Ezra dan beberapa rangkap lain).

Isi kandungan kitab ini yang sangat sepadan dengan Tanakh Yahudi dan Perjanjian Lama Protestan, tidak merangkumi isi-isi deuterokanonika dalam Perjanjian Lama Katolik Rom atau isi-isi Anagignoskomena dalam Perjanjian Lama Ortodoks Timur. Istilah ini tidak membayangkan penamaan, penomboran atau susunan kitab yang berbeza-beza mengikut kanun Alkitab.

Istilah ini digunakan sebagai cubaan menimbulkan ketentuan mengenai isi kandungannya, sambil mengelakkan apa-apa kilasan terhadap mana-mana tradisi pentafsiran atau aliran teologi yang tertentu. Istilah "Alkitab Ibrani" banyak digunakan dalam penulisan akademik dan perbincangan antara agama dalam konteks yang cukup berkecuali yang bertujuan memuaskan semua tradisi keagamaan, tetapi jarang digunakan dalam wacana dalaman agama yang memakai kitab berkenaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Ancient Near East