Klados

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Klados (Bahasa Yunani Kuno: κλάδος, klados, "cabang") atau kladistik merupakan satu pendekatan kepada pengelasan yang mana perkara-perkara digolongkan dalam satu kumpulan berdasarkan ciri-ciri unik yang diturunkan oleh leluhur sepunya kumpulan itu tetapi tiada pada leluhur-leluhur yang lebih jauh. Oleh itu, ahli-ahli sekumpulan disangka berkongsi sejarah yang sama dan oleh itu dianggap rapat pertaliannya.[1][2][3][4]

Kaedah yang asal untuk analisa klados dan aliran taksonomi terbitannya berasal dari karya ahli entomologi Jerman, Willi Hennig yang memanggilnya "sistematik filogenetik" (yang juga merupakan tajuk bukunya terbitan 1966); penggunaan istilah klados dan klad pula dilariskan oleh para penyelidik yang lain. Teknik-teknik dan nama-namanya berjaya diterapkan dalam bidang-bidang lain, cth. untuk menentukan hubungan antara saki-baki naskhah The Canterbury Tales,[5] ataupun antara 53 naskhah Sanskrit Carakasaṃhitā Vimānasthāna.[6]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. Columbia Encyclopedia
  2. http://www.ucmp.berkeley.edu/clad/clad1.html
  3. Oxford Dictionary of English
  4. Oxford English Dictionary
  5. "Canterbury Tales Project". http://www.canterburytalesproject.org. Capaian 4 July 2009. 
  6. Maas 2010

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Maas, Philipp (2010), Jürgen, Hanneder; Maas, Philipp, eds., "Computer Aided Stemmatics — The Case of Fifty-Two Text Versions of Carakasasaṃhitā Vimānasthāna 8.67-157", Wiener Zeitschrift für die Kunde Südasiens (Vienna: Austrian Academy of Sciences) 52-53: 63–120, doi:10.1553/wzks2009-2010s63