Knives Out

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Knives Out
PengarahRian Johnson
PenulisRian Johnson
Dihasilkan oleh
  • Ram Bergman
  • Rian Johnson
Dibintangi
SinematografiSteve Yedlin
Disunting olehBob Ducsay
Muzik olehNathan Johnson
Syarikat
penerbitan
T-Street
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 7 September 2019 (2019-09-07) (TIFF)
  • 27 November 2019 (2019-11-27) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
130 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
BajetUSD40 juta[2]
Pecah panggungUSD311.4 juta[3]

Knives Out ("Keluarkan Pisau") ialah filem misteri Amerika Syarikat tahun 2019 ditulis dan diarahkan oleh Rian Johnson yang juga penerbit bersama Ram Bergman. Ia mengikuti seorang detektif induk yang menyiasat kematian bapa keluarga yang kaya dan tidak berfungsi. Filem ini menampilkan pelakon ensemble termasuk Daniel Craig, Chris Evans, Ana de Armas, Jamie Lee Curtis, Michael Shannon, Don Johnson, Toni Collette, Lakeith Stanfield, Katherine Langford, Jaeden Martel dan Christopher Plummer. Johnson muncul dengan konsep asas untuk filem ini pada tahun 2005 dan memutuskan untuk membuat filem itu selepas menamatkan Looper pada tahun 2012. Bagaimanapun, penglibatannya dalam Star Wars: The Last Jedi menghalangnya daripada menulis lakon layar sehingga 2017. Filem itu diumumkan setahun selepas itu, dan ia dijual kepada pengedar semasa Festival Filem Antarabangsa Toronto 2018. Penggambaran selesai dalam tempoh tiga bulan dari Oktober hingga Disember 2018.

Knives Out telah mengadakan tayangan perdana dunia di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2019 pada 7 September 2019, dan ia telah ditayangkan secara teater di Amerika Syarikat pada 27 November oleh Lionsgate. Filem ini menerima pujian, terutamanya untuk lakon layar, arahan dan lakonannya, dan ia memperoleh kutipan $311.4 juta di seluruh dunia berbanding bajet $40 juta. Pada Anugerah Golden Globe ke-77, ia menerima tiga pencalonan dalam kategori Muzikal atau Komedi sambil turut menerima pencalonan Lakon Layar Asal Terbaik di Anugerah Filem Akademi British ke-73 dan Anugerah Akademi ke-92. Ia telah dipilih oleh American Film Institute dan National Board of Review sebagai salah satu daripada sepuluh filem terbaik 2019.

Pada Mac 2021, syarikat Netflix dilaporkan telah bersetuju membayar $469 juta untuk hak pembikinan dua sekuel yang akan ditulis dan diarahkan Johnson sendiri, dengan penglibatan semula Craig sebagai pelakon wataknya. Penggambaran filem sekuel pertama ini bermula pada Jun 2021.[4] Filem sekuel ini yang kemudiannya bertajuk Glass Onion: A Knives Out Mystery bakal diedarkan dalam pelantar Netflix pada 23 Disember 2022.

Plot[sunting | sunting sumber]

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Daniel Craig sebagai Detektif Benoit Blanc
  • Chris Evans sebagai Hugh "Ransom" Drysdale, anak lelaki Richard dan Linda
  • Ana de Armas sebagai Marta Cabrera, perawat Harlan
  • Jamie Lee Curtis sebagai Linda Thrombey, anak pertama Harlan
  • Michael Shannon sebagai Walter "Walt" Thrombey, anak ketiga Harlan
  • Don Johnson sebagai Richard Drysdale, suami Linda dan menantu Harlan
  • Toni Collette sebagai Joni Thrombey, menantu anak kedua Harlan yang telah meninggal, Neil
  • Lakeith Stanfield sebagai Letnan Detektif Elliot
  • Katherine Langford sebagai Meg Thrombey, anak perempuan Joni dan Neil
  • Jaeden Martell sebagai Jacob Thrombey, anak lelaki Walt dan Donna
  • Christopher Plummer sebagai Harlan Thrombey, penulis novel terkenal serta ayah Linda, Neil dan Walt
  • Frank Oz sebagai Alan Stevens, peguam Harlan
  • Riki Lindhome sebagai Donna Thrombey, isteri Walt
  • Edi Patterson sebagai Fran, pembantu rumah tangga yang menemukan mayat Harlan
  • K Callan sebagai Wanetta "Great Nana" Thrombey, ibu Harlan
  • Noah Segan sebagai Trooper Wagner, pegawai polis
  • M. Emmet Walsh sebagai Mr. Proofroc, penjaga taman rumah Harlan
  • Marlene Forte sebagai Mrs. Cabrera, ibu Marta
  • Joseph Gordon-Levitt sebagai Detektif Hardrock (suara)

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan panggung[sunting | sunting sumber]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Knives Out". British Board of Film Classification. Diarkibkan daripada yang asal pada October 14, 2021. Dicapai pada October 14, 2021.
  2. ^ Roxborough, Scott (September 7, 2019). "'Knives Out' Director Rian Johnson on Shifting From 'Star Wars' to Agatha Christie-Style Whodunnit". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada September 9, 2019. Dicapai pada September 9, 2019.
  3. ^ "Knives Out". Box Office Mojo. IMDb. Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2020. Dicapai pada September 30, 2021.
  4. ^ Oddo, Marco Vito (28 Jun 2021). "First 'Knives Out 2' Set Photo Reveals Filming Has Begun on Director Rian Johnson's Sequel". Collider. Dicapai pada 28 Jun 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]