Kolam Air Panas Gadek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Airpanasgadek.jpg
Kolam Air Panas Gadek

Kolam Air Panas Gadek terletak 25 km dari Bandar Melaka menerusi laluan ke Tampin, merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah kerana kawasannya begitu istimewa dengan wujudnya sebuah kolam air panas yang sentiasa panas dan dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit.

Kolam Air Panas yang telah diberi wajah baru ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, bilik mandi, bilik persalinan dan tandas.

Kolam Air Panas Gadek terletak di Alor Gajah, Melaka dan sesuai dilawati jika anda berkunjung ke A-Famosa resort atau dalam perjalanan ke pekan Tampin atau Alor Gajah. Jaraknya dari A-Famosa resort adalah kira kira 10 minit perjalanan memandu, manakala dari bandaraya Melaka adalah kira kira 30 km.

Bayaran masuk[sunting | sunting sumber]

  • Dewasa  : RM 5.00 (13 tahun dan ke atas)
  • Kanak-kanak : RM 3.00 (6 hingga 12 tahun)
  • 5 tahun ke bawah PERCUMA

Waktu Operasi: 24 Jam Setiap Hari

Pantauan luar[sunting | sunting sumber]