Kolej Tingkatan Enam Pontian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kolej tingkatan enam Pontian ialah sebuah pusat tingkatan enam mod 1

Kolej Tingkatan Enam Pontian
Lokasi
Pontian, Johor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam
MotoIlmu Penjana Kecemerlangan


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Institusi pendidikan ini telah mula dibina pada tahun 2008 di atas kawasan seluas 11 ekar atau 4.45 hektar, di lokasi PTD 15944 Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian Johor Darul Ta’zim. Premis terdiri daripada 5 buah blok bangunan tiga tingkat iaitu (blok A, B, C, D dan E) beserta sebuah bangunan kantin dan sebuah garaj kereta. Pada bahagian belakang bangunan blok E terdapat sebuah padang dan gelanggang permainan.

Institusi pendidikan ini ditubuhkan pada 05 Mei 2014 dan diperakukan untuk beroperasi sepenuhnya sebagai sekolah baru lokasi bandar pada 19 Mei 2014, dengan kod dan nama JEA 6013 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BANDAR PONTIAN. Guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah ini adalah gabungan daripada 2 buah sekolah yang menawarkan pengajian di peringkat tingkatan 6 di kawasan Pontian iaitu SMK Sri Perhentian dan SMK Dato’ Penggawa Barat. Seramai 168 orang pelajar Senior, 41 orang guru serta 5 orang staf sokongan terlibat dengan perpindahan ini. Pelajar Junior yang mendaftar Tingkatan Enam sesi Mei 2014/2015 merupakan murid sulung sekolah ini.

Bagaimanapun, berikutan penukaran nama Pusat Tingkatan Enam MOD 1 kepada Kolej Tingkatan Enam, surat rujukan: KPMSP.100-1/7/2 (55) bertarikh 23 Mei 2016 maka sekolah ini telah ditukar (nama) kepada JEA 6013 KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN berkuatkuasa pada 23 MEI 2016.

Pakej Mata Pelajaran[sunting | sunting sumber]

Setiap calon STPM wajib mengambil mata pelajaran Pengajian Am. Setiap pelajar disediakan kelas MUET (Malaysian University English Test). Aliran Sains

Kelas Mata Pelajaran
Sains Tulen 1 Pengajian Am, Mathematics (T), Chemistry, Physics
Sains Tulen 1 Pengajian Am, Mathematics (T), Chemistry, Biology

Aliran Sains Sosial

Kelas Mata Pelajaran
Sains Sosial 1 Pengajian Am, Sejarah, Geografi, Ekonomi
Sains Sosial 2, 3 dan 4 Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Perniagaan
Sains Sosial 5 Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi, Pengajian Perniagaan
Sains Sosial 6 Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi, Seni Visual
Sains Sosial 7 Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Seni Visual