Kompleks Studio Merdeka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kompleks Studio Merdeka merupakan bangunan pejabat Finas. Ia telah dirasmikan oleh Mahathir Mohamad pada 1 Jun 1991,[1] yang turut dihadiri oleh Tan Sri Abdul Samad Idris sebagai Pengerusi FINAS. Upacara perasmian Kompleks Studio Merdeka FINAS ini turut diadakan serentak dengan perasmian Festival Filem Malayu

Kompleks Studio Merdeka mula digunakan oleh Finas 19 Disember 1988, yang berpindah dari pejabat lamanya di Jalan Ampang. Kompleks ini turut memuatkan Studio Digital Mix Stage, iaitu studio bunyi yang mampu menghasilkan adunan audio dan bunyi dari tahap Dolby Digital 5.1 hingga 6.1.[2]

Studio Digital Mix Stage merupakan studio tahap dunia dan dipantau dan disahkan melalui Pensijilan Wajib Ciri Studio Dolby ("Dolby® Studio Feature Requirements Certification").[3] Antara kemudahan yang ada yang ditawarkan di Studio Digital Mixstage ini adalah Mix Stage Studio, Audio Dubbing Room, Audio Sweeting Room, Foley dan Optical Sound Camera.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PERASMIAN KOMPLEKS STUDIO MERDEKA FINAS DAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-9". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-07. Dicapai pada 2011-10-15.
  2. ^ Studio Digital Mix Stage: Studio Digital Mix Stage
  3. ^ Dolby® Studio Feature Requirements Certification


Pautan luar[sunting | sunting sumber]