Komun di Romania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Coat of arms of Romania.svg
Wilayah-wilayah pentadbiran tempatan di Romania

Di Romania, sebuah komun (comună dalam bahasa Romania) ialah peringkat pentadbiran yang paling rendah. Terdapat 2686 komun di Romania. Komun merupakan pembahagian desa buat County (Wilayah) Romania (kawasan urban seperti bandar dan bandar raya diberi status bandar raya atau perbandaran).

Tidak ada pengehadan terhadap bilangan penduduk sesebuah komun, walaupun apabila sesebuah komun itu menjadi lebih urban dan penduduknya melebihi 10,000 orang, ia lazimnya diberi taraf bandar (dan mahupun bandar memiliki taraf pentadbiran sekunder sama seperti komun, bandar memiliki lebih kuasa kerajaan tempatan). Sesetengah kawasan urban atau separa urban yang memiliki penduduk kurang daripada 10,000 orang penduduk juga pernah diberi taraf bandar.

Setiap komun ditadbir seorang datuk bandar (primar dalam bahasa Romania). Sesebuah komun itu terdiri daripada beberapa kampung yang tidak mempunyai fungsi pentadbiran. Seperti bandar, komun setara dengan pembahagian LAU-2 Kesatuan Eropah.