Konflik Portugal-Uthmaniyyah (1580–1589)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Konflik Portugal-Uthmaniyyah (1580–1589) adalah sebuah konflik bersenjata di antara Empayar Portugal dan Empayar Uthmaniyyah yang berlaku diLautan Hindi.

Bermula pada tahun 1580 sehingga 1584, Tentera Laut Uthmaniyyah buat pertama kalinya hanya menyerang kapal-kapal Portugis di Lautan Hindi. Pada tahun 1585, Mirali Beg telah merampas pelabuhan Portugis di Afrika Timur (Baraawe, Jumbo dan Muqdishu).

Pada tahun 1586, tentera Portugis berjaya mengusir Uthmaniyyah di bawah Patta dan Melinde, tetapi sebuah armada Portugal telah musnah akibat ribut berdekatan Yemen dan berhampiran Sungai Mombasa.

Mombasa telah dirampas oleh Uthmaniyyah, tetapi puka-puak Afrika dari Zimba menyertai pasukan Portugis dan merampas semula kota ini. Kota ini kehilangan ramai penduduknya akibat pembunuhan beramai-ramai selepas kejatuhannya dan dibina semula dan diduduki oleh Portugis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Attila and Balázs Weiszhár: Lexicon of War (Háborúk lexikona), Athenaum publisher, Budapest 2004.
  • Britannica Hungarica, Hungarian encyclopedia, Hungarian World publisher, Budapest 1994.