Kontroversi kartun Muhammad Jyllands-Posten

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kontroversi kartun Muhammad Jyllands-Posten bermula selepas dua belas kartun politik, kebanyakannya menggambarkan nabi Islam Muhammad, telah diterbitkan dalam surat khabar Denmark Jyllands-Posten pada 30 September 2005. Surat khabar tersebut mengumumkan bahawa terbitan ini adalah suatu percubaan untuk menyumbangkan debat berkaitan kritikan terhadap Islam dan penapisan kendiri.

Pertubuhan Islam Denmark, yang menolak gambaran ini, memberikan jawapan dengan mengadakan tunjuk perasaan umum mencuba untuk menambahkan kesedaran mengenai terbitan Jyllands-Posten. Contoh-contoh lanjut kartun ini tidak lama selepas itu dicetak semula dalam surat khabar di lebih daripada lima puluh negara lain, menambahkan lagi kontroversi.