Kor Sukarelawan Siswa Siswi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perarakan General Inspektor Ketua Polis Negara semasa majlis tamat latihan Kor SUKSIS di UTM.

Kor Sukarelawan Siswa/Siswi atau ringkasnya Kor SUKSIS ialah sebuah badan beruniform polis bagi mahasiswa di universiti tempatan Malaysia. Mahasiswa yang menyertai Kor SUKSIS akan diberi status kadet dan diwajibkan menjalani tiga tahun latihan di universiti masing-masing sebelum digelar sebagai inspektor Kor SUKSIS.[1] Dianggarkan sekitar 5 peratus ahli Kor SUKSIS menyertai Polis DiRaja Malaysia selepas tamat pengajian (setakat 2012).[2]

Setiap inspektor SUKSIS yang telah tamat latihan diberi keutamaan untuk menyertai pasukan beruniform Polis Diraja Malaysia selepas mereka bergraduat dari universiti masing-masing.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Kor SUKSIS bermula dengan cadangan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, selaku Menteri Dalam Negeri pada tahun 1999. [4]


Objektif penubuhan[sunting | sunting sumber]

  • Melahirkan seorang Pegawai Kor SUKSIS Polis yang berpengetahuan undang-undang berkaitan, mempunyai sikap serta elemen disiplin (kepolisan) yang sesuai diantara Pasukan Polis dengan IPTA.
  • Mampu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan sebagai seorang Pegawai Kor SUKSIS Polis kearah mengujudkan kesedaran sivik dan hubungan baik polis dengan masyarakat.
  • Mempunyai ketahanan fizikal, mental serta personaliti bersesuaian dengan peranan sebagai seorang Pegawai Kor Siswa Polis.

Visi[sunting | sunting sumber]

Melahirkan Siswazah sebagai pelapis pemimpin yang mempunyai tahap pengetahuan kepolisan dan keterampilan diri yang menepati keperluan masyarakat.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menyediakan kepada Kor SUKSIS Program Latihan berbentuk:-

  • Ketahanan mental dan fizikal diri.
  • Pengetahuan asas undang-undang dan budaya kepolisan.
  • Pengetahuan asas penggunaan dan pengendalian kelengkapan yang digunakan oleh pasukan polis.
  • Menerapkan nilai-nilai murni, ciri-ciri kepimpinan PDRM dan keyakinan diri menepati sebagai seorang pemimpin.

Moto[sunting | sunting sumber]

Pendaulatan maruah negara

  • Menerapkan semangat patrotik yang kental.
  • Menyediakan pelapis pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
  • Menerapkan ciri-ciri kepimpinan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kepolisan.

Konsep[sunting | sunting sumber]

  • Menegakkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.
  • Kesetiaan kepada pucuk pimpinan PDRM dan IPTA.
  • Bertanggungjawab dalam memelihara ketenteraman dan keselamatan.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]