Kos relatif elektrik yang dijana berbeza sumber

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kos elektrik (lazimnya sen/kWj, RM/kWj, Euro/kWj atau $/kWj atau /MWj) yang dijana dari sumber yang berbeza adalah pengiraan harga penjanaan elektrik pada titik sambungan kepada beban atau grid elektrik. Ia termasuk modal awal, kadar diskaun begitu juga dengan kos pengoperasian, bahan api, dan penjagaan. Pengiraan jenis ini membantu pembuat polisi, pengkaji dan pihak lain dalam perbincangan dan pembuat keputusan.

Anggaran[sunting | sunting sumber]

Anggaran Jabatan Tenaga AS[sunting | sunting sumber]

Jadual di bawah adalah kos anggaran bagi elektrik mengikut sumber bagi loji yang memberikan perkhidmatan menjelang 2017. Jadual ini adalah dari laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) dari Jabatan Tenaga AS pada 23 Januari 2012 yang bertajuk "Kos Teraras bagi Sumber Penjanaan Baru dalam Pemantauan Tenaga Tahunan 2012".[1]

  • Kos Teraras Sistem Keseluruhan (lajur paling kanan) memberikan kos dolar per megawatt jam yang harus dikenakan pada suatu tempoh untuk dikenakan harga keseluruhan. Pengiraan ini menunjukkan penyesuaian yang mengambilkira aras tinggi karbon dioksida yang dihasilkan oleh loji arang batu. Daripada laporan EIA:
"sebanyak 3 peratusan mata meningkat dalaqm kos modal ditambah apabila menilai pelaburan dalam teknologi intensif gas rumah hijau (GHG) seperti kuasa arang batu dan loji arang ke cecair tanpa pengasingan dan kawalan karbon {CCS). Sementara 3 peratusan mata tersebut kelihatan agak remeh, dalam istilah kos teraras, kesannya adalah sama dengan harga pembebasan karbon dioksida sebanyak $15 per tan metrik. ... Maka, kos modal teraras bagi loji arang batu tanpa CCS adalah lebih tinggi daripada yang dari yang dijangka."[1]

Tiada tolakan cukai dan insentif pada jadual ini. Daripada laporan EIA (penekanan ditambah):

"Kos teraras mewakili nilai terkini bagi jumlah kos bangunan dan pengoperasian loji penjanaan bagi satu kitaran kerja dan kewangan, ditukar kepada bayaran tahunan setara dan dinyatakan dalam dolar sebenar untuk mengalihkan kesan inflasi. Kos teraras melambangkan kos modal semalaman, kos bahan api, kos kewangan, dan kadar anggaran penggunaan bagi setiap jenis loji. Kewujudan insentif pelbagai termasuklah kredit cukai persekutuan atau negeri juga memberi kesan pada pengiraan kos teraras. Nilai yang ditunjukkan tidak termasuk sebarang insentif tersebut."[1]

Insentif, kredit cukai, mandat penghasilan, dll. dibincangkan dalam pemahaman keselurhan laporan EIA: "Pemantauan Tenaga Tahuna 2012".[2][3][4]

Fotovoltaik (FV) boleh digunakan untuk agihan kegunaan perumahan dan komersil serta loji kuasa fotovoltaik skala utiliti.[1]

Anggaran Sumber Penjanaan Baru bagi Kos Teraras, 2017[1]
Kos Teraras Purata bagi Loji A.S. yang Memasuki Perkhidmatan pada 2017
(2010 USD/MWh)
Jenis Loji Faktor
Muatan
(%)
Kos
Modal
Teraras
O&M
Tentu
O&M
Berubah
(termasuk
bahan api)
Pelaburan
Penghantaran
Kos
Teraras
Sistem
Keseluruhan
Arang Batu Biasa 85 65.8 4.0 28.6 1.2 99.6
Arang Batu Lanjutan 85 75.2 6.6 29.2 1.2 112.2
Arang Batu Lanjutan dengan CCS 85 93.3 9.3 36.8 1.2 140.7
Gas Asli
NG: Kitaran Gabungan Biasa 87 17.5 1.9 48.0 1.2 68.6
NG: Kitaran Gabungan Lanjutan 87 17.9 1.9 44.4 1.2 65.5
NG: Kitaran Gabungan Lanjutan dengan CCS 87 34.9 4.0 52.7 1.2 92.8
NG: Turbin Pembakaran Biasa 30 46.0 2.7 79.9 3.6 132.0
NG: Turbin Pembakaran Lanjutan 30 31.7 2.6 67.5 3.6 105.3
Nuklear Lanjutan 90 88.8 11.3 11.6 1.1 112.7
Geoterma 92 76.6 11.9 9.6 1.5 99.6
Biojisim 83 56.8 13.8 48.3 1.3 120.2
Angin1 34 83.3 9.7 0.0 3.7 96.8
FV Suria1,2 25 144.9 7.7 0.0 4.2 156.9
Terma Suria1 20 204.7 40.1 0.0 6.2 251.0
Hidro1 53 76.9 4.0 6.0 2.1 89.9
1Tidak mampu serah (Hidro adalah mampu serah pada satu-satu musim tetapi tidak mampu serah secara keseluruhannya, bergantung kepada tapak dan musim)
2Kos yang dinyatakan adalah dalam bentuk kuasa AU bersih yang boleh didapati di grid bada muatan terpasang
Kepelbagaian Kawasan dalam Kos Teraras bagi Sumber Penjanaan Baru, 2017[2]
Jenis Loji Julat Kos Teraras Sistem Keseluruhan
(2010 USD/MWh)
Minimum Purata Maksimum
Arang Batu Biasa 90.1 99.6 116.3
Arang Batu Lanjutan 103.9 112.2 126.1
Arang Batu Lanjutan dengan CCS 129.6 140.7 162.4
Gas Asli
Kitaran Gabungan Biasa 61.8 68.6 88.1
Kitaran Gabungan Lanjutan 58.9 65.5 83.3
Kitaran Gabungan Lanjutan dengan CCS 82.8 92.8 110.9
Turbin Pembakaran Biasa 94.6 132.0 164.1
Turbin Pembakaran Lanjutan 80.4 105.3 133.0
Nuklear Lanjutan 108.4 112.7 120.1
Geoterma 85.0 99.6 113.9
Biojisim 101.5 120.2 142.8
Angin 78.2 96.8 114.1
FV Suria 122.2 156.9 245.6
Terma Suria 182.7 251.0 400.7
Hidro[5] 57.8 88.9 147.6

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]



Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Levelized Cost of New Generation Resources in the Annual Energy Outlook 2011. Released January 23, 2012. Report of the US Energy Information Administration (EIA) of the U.S. Department of Energy (DOE).
  2. 2.0 2.1 Energy Information Administration, Annual Energy Outlook 2012. June 2012, DOE/EIA-0383(2012).
  3. Assumptions to the Annual Energy Outlook 2011. U.S. Energy Information Administration of the U.S. Department of Energy.
  4. Appendix A: Handling of Federal and Selected State Legislation and Regulation in the Annual Energy Outlook. US Energy Information Administration of the U.S. Department of Energy.
  5. http://www.eia.gov/forecasts/aeo/electricity_generation.cfm