Koteka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Suvenir koteka.
Orang Yali mengenakan koteka.

Koteka atau horim, adalah selubung alat kelamin tradisional yang dikenakan oleh laki-laki penduduk asli dari beberapa kumpulan etnik (terutama di dataran tinggi) di pulau New Guinea. Alat ini biasanya terbuat dari labu parang kering (Lagenaria siceraria), walaupun spesies lain seperti Nepenthes mirabilis, juga digunakan. Lelaki New Guinea memilih koteka yang serupa dengan yang dikenakan oleh orang lain dalam kumpulan budaya mereka. Misalnya orang suku Yali memilih koteka yang panjang dan tipis untuk membantu mereka mengangkat beberapa ikat rotan di pinggang mereka, dan lelaki dari suku Tiom memakai dua labu yang diikat dengan sepotong kain serta menggunakan bilik antara kedua-dua labu untuk membawa benda-benda kecil seperti wang dan tembakau.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.