Kubah Mikraj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kubah Mikraj

Kubah Mikraj atau dalam bahasa Inggeris: Dome of the Ascension, (Arab: قبة المعراج Qubbat al-Miraj; Bahasa Ibrani: כִּיפָּת הַעֲלִיָּיהKippat Ha'Aliyah) adalah binaan berkubah kecil, berdiri sendiri yanga asalnya dibina oleh Tentera Salib yang terletak di utara Kubah Al-Sakhrah di perkarangan Masjid al-Aqsa di bandar lama Baitulmaqdis.

Kubah Mikraj juga merupakan tempat penting dalam peristiwa sejarah Islam. Ia merupakan tapak penting dimana Nabi Muhammad SAW diangkat kelangit menerusi peristiwa Israk Mikraj. Namun dalam agama Kristian disini juga dianggap sebagai tempat suci iaitu suatu binaan dinamai Templum Domini yang mungkin digunakan untuk pembaptisan. Tersdapat inskrpsi Arab dari tahun 1200-1 dimana tempat ini telah di jadikan waqf.[1][2]

Struktur binaan dipercayai adalah direka mengikut seni bina Frankish tetapi telah diubah suai dan dibetulkan selepas tempoh Dinasti Ayyubid.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pawer, Jonathan (1996). The History of Jerusalem: The Early Muslim Period (638-1099). New York University Press. m/s. 86. ISBN 0814766390.
  2. ^ a b Simon Sebag Montefiore, Jerusalem: The Biography, p. 276.

Koordinat: 31°46′41.58″N 35°14′05.96″E / 31.7782167°N 35.2349889°E / 31.7782167; 35.2349889

Templat:Islamic structures on the Temple Mount Templat:Jerusalem Old City